Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Huang Daopo, Pembaharu Teknik Penenunan Tersohor

2014-12-12 13:27:17

Huang Daopo merupakan seorang pembaharu teknik penenunan kain kapas yang ulung pada zaman abad ke-13 di China. Beliau telah membuat sumbangan besar bagi perkembangan penenunan kain kapas China.

Huang Daopo, Pembaharu Teknik Penenunan Tersohor

Huang Daopo dilahirkan pada tahun 1245 Masihi dalam sebuah keluarga petani yang miskin di Kampung Wunijing, Songjiang, iaitu Pekan Huajing, Shanghai pada masa ini. Masa itu merupakan penghujung zaman Dinasti Song, rakyat jelata hidup dalam keadaan huru-hara dan masyarakat berada dalam pergolakan. Apabila bencana alam berlaku, kehidupan rakyat jelata menjadi sangat sukar. Dalam masyarakat feudal China, kedudukan kaum wanita rendah sekali berbanding dengan lelaki dan kehidupan kaum wanita tidak terjamin.

Disebabkan keluarganya miskin dan ibu bapanya kehilangan sumber rezeki, semasa berusia belasan tahun, Huang Daopo dijual oleh ibu bapanya kepada sebuah keluarga berada sebagai bakal isteri anak lelaki keluarga itu. Setiap hari Huang Daopo terpaksa menjalankan kerja berat, selain itu beliau sentiasa mengalami kelaparan dan kesejukan malah sentiasa dicaci maki dan dipukul oleh ibu bapa mertuanya. Huang Daopo terpaksa melarikan diri daripada keluarga itu pada suatu malam. Akhirnya Huang Daopo telah tiba di Pulau Hainan di bahagian selatan China.

Huang Daopo, Pembaharu Teknik Penenunan Tersohor

Iklim di Pulau Hainan amat bersesuaian dengan pertumbuhan kapas, di samping itu, industri penenunan kapas juga berkembang maju di sana. Rakyat Etnik Li, salah satu etnik minoriti China yang hidup di Pulau Hainan mempunyai kepandaian yang tinggi dalam penenunan kapas dan barangan tenunan mereka sangat laris dijual di pelbagai tempat di China. Rakyat tempatan bukan sahaja memberi layanan baik terhadap kehidupan Huang Daopo, tetapi juga mengajar teknik penenunan yang maju kepadanya. Huang Daopo bukan sahaja telah menguasai teknik penenunan Etnik Li, tetapi juga telah memadukan keunggulan teknik penenunan kedua-dua etnik iaitu Etnik Li dan Etnik Han. Dengan berbuat sedemikian, beliau beransur-ansur telah menjadi pakar penenunan yang terkenal.

Huang Daopo, Pembaharu Teknik Penenunan Tersohor

Selepas menetap selama lebih 30 tahun di Pulau Hainan, Huang Daopo telah kembali ke kampung halamannya. Berdasarkan pengalaman penenunan beliau di Pulau Hainan, Huang Daopo telah membaharui perkakasan dan teknologi penenunan di kampung halamannya. Beliau telah membuat roda pintal baru yang pengendaliannya lebih sederhana tetapi keefisienannya lebih tinggi dua hingga tiga kali ganda daripada roda pintal yang lama. Roda pintal yang baru tersebut telah dipopularkan secara pesat di kawasan aliran selatan Suangai Yangtze. Di samping berusaha membaharui perkakasan penenunan, Huang Daopo juga telah memperkenalkan teknologi penenunan yang maju di kampung halamannya berdasarkan pengalaman penenunan beliau dalam masa yang panjang. Beliau telah membaharui teknik penenunan dan pencelupan. Selain itu, beliau juga telah menyempurnakan teknologi pelbagai peringkat dalam proses penenunan seperti pencungkilan biji kapas, penepukan bulu kapas, pemintalan benang kapas dan penenunan kain kapas. Huang Daopo telah banyak mencampurkan gaya seni lukis Etnik Li ke dalam perekaan pola kain kapas dan pakaian. Bentuk rumah, keadaan adat istiadat, simbol keagamaan, aktiviti pengeluaran pertanian, kehidupan seharian, kisah sejarah dan konsep estetik Etnik Li telah dilukis dan dicetak oleh Huang Daopo pada kain yang ditenunnya. Kain yang ditenun sedemikian disukai oleh orang ramai dan sangat laris pada masa itu. Ini merangsang ramai orang menceburkan diri dalam bidang penenunan. Usaha yang dijalankan oleh Huang Daopo telah mendorong kemakmuran dan perkembangan perusahaan penenunan di China.

Huang Daopo, Pembaharu Teknik Penenunan Tersohor

Belum pun sampai 10 tahun sekembalinya ke kampung halaman, Huang Daopo telah meninggal dunia disebabkan oleh kelelahan. Tidak lama selepas beliau meninggal dunia, Songjiang, kampung halaman Huang Daopo telah menjadi pusat perusahaan penenunan yang terbesar di seluruh China. Kedudukan itu dikekalkan secara berterusan selama beberapa ratus tahun. Pada abad ke-16, petani di sana dapat menenun sepuluh ribu gulung kain kapas. Mulai abad ke-18 hingga abad ke-19, kain kapas yang ditenun di Songjiang telah dijual ke negara-negara Eropah dan Amerika dan digelar sebagai "kain terbaik di dunia".

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin