Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Guo Shoujing, Ahli Sains Tersohor China

2014-12-12 13:21:42

China merupakan sebuah negara yang mengutamakan pertanian semenjak purbakala. Disebabkan pertanian berkait rapat dengan cuaca, maka ilmu falak telah mencapai perkembangan yang besar pada zaman purba di China. Guo Shoujing, ahli sains China yang tersohor pada zaman abad ke-13 telah menetapkan Kalendar Shoushi yang termasyhur.

Guo Shoujing, Ahli Sains Tersohor China

Guo Shoujing dilahirkan pada tahun 1231 di Xingtai Hebei, bahagian utara China. Semasa kanak-kanak, Guo Shoujing telah berminat terhadap pelbagai fenomena alam dan menggemari pengkajian sains, khususnya ilmu falak, malah sentiasa mengkaji dan membuat pelbagai perkakasan dalam bidang penyelidikan ilmu falak. Lantaran itu, Guo Shoujing berpeluang untuk berguru kepada Liu Bingzhong, ahli sains yang terkenal di China pada masa itu. Liu Bingzhong pernah dilantik sebagai pegawai penting kerajaan pusat dalam masa yang panjang, ini menyebabkan Guo Shoujing berpeluang untuk menyertai kerja penetapan kalendar di istana maharaja.

Guo Shoujing, Ahli Sains Tersohor China

Pada zaman purba China, penetapan kalendar merupakan kuasa khas yang diberikan oleh maharaja disebabkan kalendar mempunyai hubungan rapat dengan pengeluaran pertanian. Pemerintahan Etnik Mongol telah mengalahkan kerajaan Dinasti Song dan menubuhkan kerajaan Dinasti Yuan pada tahun 1276. Maharaja Dinasti Yuan Kublai Khan bertitah untuk menubuhkan jabatan khusus, mengumpulkan ahli astronomi dan ahli almanak yang terbaik dari pelbagai tempat di China bagi menetapkan kalendar yang baru. Guo Shoujing telah dipilih sebagai anggota utama jabatan itu.

China telah memulakan penetapan kalendar sejak sekian lama dahulu. Kalendar Santong yang ditetapkan oleh Liu Xin, sarjana China pada abad pertama Masihi dianggap sebagai kalendar yang paling awal di dunia. Penguasa pelbagai dinasti China telah banyak kali menyempurnakan kalendar lama atau menetapkan kalendarnya yang baru. Guo Shoujing yang diberi tugas bagi menetapkan kalendar baru berpendapat bahawa kalendar yang lebih sempurna seharusnya ditetapkan berdasarkan kepada pemantauan yang teliti terhadap kosmos. Demi mewujudkan tujuan itu, beliau telah membuat 13 jenis perkakasan pemantau falak. Perkakasan tersebut dapat digunakan untuk memantau lingkungan langit, matahari, bulan dan bintang secara jelas. Guo Shoujing mencadangkan untuk melakukan pemantauan terhadap kosmos di pelbagai tempat pada garis lintang yang berbeza di seluruh negara. Kerajaan Dinasti Yuan telah menerima cadangan beliau dan menghantar pegawai untuk membantu beliau menubuhkan 27 buah pusat pemantau di seluruh negara bagi melakukan secara serentak kerja pemantauan terhadap kosmos. Berdasarkan pemantauan dan pengiraan teliti selama 4 tahun, ahli-ahli sains yang diketuai oleh Guo Shoujing telah menetapkan Kalendar Shoushi pada tahun 1280.

Kalendar Shoushi lebih sempurna daripada kalendar-kalendar yang ditetapkan oleh kerajaan pelbagai dinasti China sebelumnya. Kalendar itu menetapkan 365.2425 hari sebagai setahun. Selisih perbezaan antara masa itu dengan masa bumi mengelilingi matahari satu lingkaran hanya 26 saat sahaja. Kalendar Shoushi ditetapkan kira-kira 300 tahun lebih awal daripada penetapan Kalendar Gregorian yang masih digunakan di dunia pada masa ini.

Penetapan Kalendar Shoushi merupakan perkembangan besar yang dicapai oleh ahli sains dalam bidang pengkajian astronomi pada zaman purba China. Kalendar Shoushi telah dilaksanakan selama lebih 360 tahun. Kalendar itu juga telah diperkenalkan ke Korea dan Jepun dan telah dilaksanakan oleh rakyat di negara-negara itu.

Guo Shoujing, Ahli Sains Tersohor China

Selain pencapaian cemerlang yang dicapai oleh Guo Shoujing dalam bidang pengkajian astronomi, beliau juga telah mencapai hasil penting dalam bidang pengkajian ilmu matematik dan kejuruteraan tali air. Beliau telah menciptakan cara pengiraan keluasan tiga segi bentuk sfera dan cara pengiraan tersebut adalah lebih awal daripada ahli sains barat. Pada tahun 1291, Guo Shoujing yang sudah berusia lebih 60 tahun telah dipertanggungjawabkan terhadap pembinaan terusan dari Tongzhou ke Dadu, iaitu Beijing pada masa ini. Terusan sepanjang lebih 80 kilometer itu telah dibina hanya dalam masa setahun setengah. Terusan itu digunakan secara berterusan sampai sekarang.

Aktiviti pengkajian sains yang dilaksanakan oleh Guo Shoujing telah mendorong perkembangan usaha sains pada zaman purba di China. Beliau bukan sahaja dihormati oleh rakyat China, tetapi juga telah disanjung tinggi oleh pertubuhan antarabangsa berkenaan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin