Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Cai Lun, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

2014-12-12 13:05:09

Cai Lun merupakan ahli sains yang menjalankan pembaharuan besar terhadap teknologi pembuatan kertas pada zaman purba China.

Penciptaan kertas merupakan perkara penting dalam sejarah manusia. Semenjak kertas dicipta, pewarisan dan penyebaran pengetahuan telah memasuki era yang baru. Cai Lun, ahli sains yang menjalankan pembaharuan besar terhadap teknologi pembuatan kertas pada zaman purba China.

Cai Lun, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

Kompas, teknologi pembuatan kertas, teknologi pencetakan dan bahan letupan adalah dicipta oleh ahli sains pada zaman purba China, dan juga merupakan sumbangan besar yang diberikan oleh bangsa China terhadap pembangunan tamadun dunia. Penciptaan tersebut telah mendorong penyebaran dan pertukaran sains dan kebudayaan dunia dan telah melahirkan pengaruh yang mendalam terhadap proses perkembangan sejarah dunia.

Pada zaman sebelum kertas dicipta, rakyat China menulis dengan menggunakan perkataan yang diukir pada kulit kura-kura, tulang binatang, kepingan buluh dan kayu, batu, barangan tembaga dan logam yang lain. Perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura dan tulang binatang pada zaman purba China sangat terkenal di dunia. Perkataan Mandarin pada zaman moden berasal daripada perkataan itu. Perkataan yang dipahat pada kulit kura-kura, tulang binatang dan barang-barang tembaga yang dijumpai pada zaman moden di China sudah bersejarah selama lebih dua ribu tahun yang lalu. Selepas zaman kulit kura-kura, tulang binatang dan barangan tembaga telah digunakan untuk mengukir perkataan, Kepingan buluh dan kayu juga pernah digunakan untuk mengukir dan menulis perkataan pada zaman purba China. Selain itu, kain sutera juga pernah digunakan untuk menulis, akan tetapi kegunaannya terhad kepada kalangan diraja dan golongan bangsawan China.

Kertas yang paling awal dicipta kira-kira pada 100 tahun sebelum Masihi iaiatu pada zaman Dinasti Han di China. Berdasarkan catatan buku sejarah, kertas itu tidak diperkenalkan secara meluas disebabkan teknologi pembuatannya yang terlalu rumit dan mahal harganya. Cai Lun telah membaharui teknologi pembuatan kertas itu dan menjadikannya lebih praktikal.

Cai Lun dilahirkan pada 61 tahun sebelum Masihi dalam satu keluarga petani. Beliau merupakan ahli sains pada zaman Dinasti Han China. Pada zaman itu, sesuatu catatan atau penulisan ditulis pada kepingan buluh dan kayu, kain sutera atau kertas awal. Pelbagai jenis bahan tersebut tidak mungkin dapat dikeluarkan secara besar-besaran dan keadaan ini telah menyekat penyebaran pengetahuan dan perkembangan kebudayaan. Cai Lun telah mengambil keputusan untuk membaharui teknologi pembuatan kertas bagi memudahkan orang ramai menulis.

Cai Lun, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

Berdasarkan pengalaman pembuatan kertas generasi terdahulu, Cai Lun telah memilih kulit pokok, serpihan rami, kain dan jaring ikan sebagai bahan pembuatan kertas. Beliau mengarahkan para pekerja mengoyak-ngoyakkan bahan tersebut dan merendamkannya di dalam air untuk jangka masa yang panjang. Selepas itu, bahan tersebut diaduk menjadi cecair yang pekat. Selepas dikukus dan direbus, bahan itu dihamparkan pada tikar dan dijemur, maka setelah itu terhasillah kertas. Kertas yang dikeluarkan dengan cara tersebut agak nipis lagi ringan dan sangat sesuai digunakan untuk menulis. Penghasilan kertas sebegini amat dialu-alukan oleh orang ramai. Maharaja telah menyanjung tinggi pembaharuan yang dijalankan oleh Cai Lun terhadap teknologi pembuatan kertas. Semenjak itulah, teknologi baru tersebut digunakan di pelbagai tempat di China untuk mengeluarkan kertas. Kertas itu digelar sebagai "kertas Cai Lun".

Cai Lun pernah menjawat jawatan sebagai pegawai yang bertanggung jawab untuk menguruskan buku klasik di istana raja. Buku klasik itu akan disalinkan dalam jumlah yang besar untuk dihantar kepada pegawai-pegawai tempatan dan ini memerlukan penggunaan banyak kertas. Keperluan itu telah merangsang peningkatan jumlah pengeluaran kertas dan pembaharuan berterusan teknologi pembuatan kertas sehingga teknologi tersebut semakin ditingkatkan dan disempurnakan. Sehingga abad ke-3 Masihi, kertas telah menggantikan bahan lain dan menjadi satu-satunya bahan untuk mencatat sesuatu penulisan di China.

Selain membaharui teknologi pembuatan kertas, sebagai seorang ahli sains dan pegawai kanan yang mempunyai semangat inovatif, Cai Lun juga telah memainkan peranan sebagai pendorong penting dalam mengembangkan teknologi pengolahan dan pemprosesan logam serta pembuatan mesin pada zaman itu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin