Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Jia Sixie, Ahli Sains Pertanian Tersohor

2014-12-12 13:01:12

China merupakan sebuah negara yang mengutamakan pertanian semenjak purba kala.

Jia Sixie hidup pada tempoh abad ke-5 Masihi. Amat jarang terdapat dalam catatan sejarah tentang riwayat hidup beliau. Jia Sixie pernah menjawat jawatan sebagai pegawai pentadbiran tempatan. Beliau amat mementingkan pengeluaran pertanian. Demi mendapat pengetahuan dan pengalaman pertanian, beliau menanam padi-padian, memelihara kambing dan menjalankan eksperimen. Beliau juga sentiasa berguru dengan petani dan penternak yang berpengalaman.

Jia Sixie, Ahli Sains Pertanian Tersohor

Jia Sixie berpendapat bahawa pengeluaran pertanian berkait rapat dengan kehidupan rakyat, di samping itu kekuatan dan kemakmuran negara bergantung kepada perkembangan pengeluaran pertanian. Manakala perkembangan pengeluaran pertanian bergantung pula kepada peningkatan taraf sains dan teknologi pertanian. Beliau telah menyelidik hasil kajian ahli sains pertanian terdahulu, mengambil kesimpulan pengalaman pengeluaran pertanian pada masa itu dan telah menulis buku tentang Teknologi Pertanian Lengkap yang terkenal.

Teknologi Pertanian Lengkap merupakan buku klasik tentang sains pertanian dan juga merupakan ensiklopedia pertama dalam bidang pertanian di China. Buku itu terdiri daripada 10 jilid dengan 92 artikel yang mengandungi sebanyak 110 ribu perkataan. Isi kandungannya sangat meluas. Dalam buku itu, Jia Sixie telah menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh tentang hukum pertumbuhan pelbagai jenis padi yang ditanam di China. Dalam buku tersebut, Jia Sixie telah memperkenalkan pelbagai jenis padi, pelbagai peringkat pertumbuhannya, tindakan yang perlu diambil pada pelbagai peringkat pertumbuhan jenis padi yang berbeza, faktor yang mempengaruhi pertumbuhannya, kaedah membaiki keadaan pertumbuhannya, kaedah meningkatkan daya penyesuaian diri padi-padian dengan persekitaran alam, meningkatkan jumlah pengeluaran padi-padian dan sebagainya. Misalnya semasa menghuraikan cara penanaman sekoi, Jia Sixie dalam buku itu menyatakan bahawa seandainya sekoi ditanam jarak-jarak, batangnya akan tumbuh membesar, tetapi buahnya tidak begitu bernas, warna buahnya akan kekuningan. Manakala sekoi yang ditanam rapat-rapat, walaupun batangnya tidak begitu besar, tetapi buahnya bernas dan berwarna putih. Masalah yang dinyatakan oleh beliau dalam buku itu merupakan subjek utama bidang kajian sains pertanian China. Hasil penyelidikan beliau dalam bidang pertanian itu bukan sahaja telah mendorong perkembangan pengeluaran pertanian, tetapi juga melahirkan pengaruh besar terhadap ahli sains pertanian selepasnya.

Jia Sixie, Ahli Sains Pertanian Tersohor

Jia Sixie telah menjalankan penyelidikan tentang subjek yang luas dalam bidang pertanian dan mengemukakan pandangan yang berharga dalam buku itu. Dalam buku itu, beliau telah membicarakan cara penanaman padi-padian dengan penggarapan tanah secara mendalam dan dangkal, penanaman padi-padian pada musim-musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Pandangan Jia Sixie tentang cara meningkatkan kesuburan tanah telah mencapai tahap maju di dunia pada masa itu. Pada abad ke-6 Masihi, negara-negara Eropah Barat hanya tahu menghentikan penanaman dalam suatu jangka masa tertentu bagi memulihkan kesuburan tanah, tetapi dalam buku Teknologi Pertanian Lengkap, Jia Sixie telah mengemukakan beberapa cara untuk memelihara kesuburan tanah, lebih-lebih lagi tentang cara penanaman padi-padian yang berbeza secara bergilir-gilir dan cara penanaman serentak dua jenis tanaman tersebut di tanah yang sama telah menyelesaikan masalah untuk mengekalkan kesuburan tanah dan mempunyai tahap yang tinggi dalam penyelidikan dan pengeluaran pertanian.

Jia Sixie, Ahli Sains Pertanian Tersohor

Jia Sixie mementingkan penimbaan pengalaman orang terdahulu. Beliau telah membaca sejumlah besar buku untuk mengkaji dengan bersungguhg-sungguh bahan yang berkaitan dengan pengeluaran pertanian dan kehidupan kaum tani. Dalam buku Teknololgi Pertanian Lengkap, beliau telah mengutip bahan daripada lebih 150 buah buku yang ditulis oleh ahli sains terdahulu. Banyak daripada buku tersebut telah pupus pada masa ini. Ini jelas membuktikan bahawa bahan yang dikutip oleh Jia Sixie merupakan bahan yang sangat berharga.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin