Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Li Daoyuan, Sarjana Tersohor pada Zaman Silam China

2014-12-12 12:57:10

Huraian tentang Cataran Air merupakan buku klasik ilmu geografi yang paling termasyhur pada zaman silam China. Buku itu telah memberi penjelasan tentang catatan terperinci sungai-sungai di China pada abad ke-5. Buku itu tetap bernilai tinggi dalam penyelidikan sains pada masa ini. Buku itu ditulis oleh Li Daoyuan, sarjana tersohor pada zaman silam China.

Li Daoyuan, Sarjana Tersohor pada Zaman Silam China

Pada awal abad ke-3 Masihi, sarjana China Sang Qin telah menulis tentang Catatan Air. Buku itu telah mencatat keadaan 137 batang sungai utama di China. Bahan tentang sungai-sungai utama di China yang dicatatkan dalam buku itu agak ringkas dan tidak begitu lengkap dan juga kurang perincian tentang keadaan hulu dan hilir sesebuah sungai serta keadaan kebudayaan, ekonomi dan geografi di kawasan aliran sepanjang sesebuah sungai. Namun demikian, Catatan Air telah menarik perhatian Li Daoyuan, seorang sarjana yang hidup pada masa 2 abad selepasnya.

Li Daoyuan, Sarjana Tersohor pada Zaman Silam China

Li Daoyuan hidup semasa zaman Dinasti Wei Utara pada abad ke-5 Masihi. Beliau berasal daripada sebuah keluarga bangsawan. Datuk dan bapanya ialah pegawai kerajaan. Li Daoyuan semasa dewasa juga pernah beberapa kali menjawat jawatan pegawai kerajaan pusat dan tempatan. Semasa kanak-kanak, beliau berminat terhadap geografi dan pelancongan. Beliau menumpukan perhatian terhadap keadaan hidrologi, geografi dan pemandangan semula jadi pelbagai tempat. Beliau membuat peninjauan ke kebanyakan kawasan di bahagian utara dan timur China dengan menggunakan peluang sebagai pegawai kerajaan di pelbagai tempat. Beliau mengkaji keadaan aliran sungai, muka bumi, perubahan alur sungai, kawasan hulu dan hilir sungai dan telah memperoleh banyak bahan yang bernilai dalam penyelidikan. Serentak dengan itu, beliau telah membaca sejumlah besar karya ilmu geografi zaman purba seperti Catatan Gunung dan Laut serta Catatan Air dan telah menguasai banyak pengetahuan tentang ilmu geografi. Setelah membandingkan catatan dalam karya ilmu geografi pada zaman purba dengan keadaan geografi yang dilihat oleh beliau dalam peninjauan dan penyelidikan, beliau mendapati bahawa banyak keadaan geografi telah mengalami perubahan dalam masa yang panjang. Beliau berpendapat bahawa jika tidak dicatatkan perubahan keadaan geografi tersebut, ahli sains generasi akan datang sukar untuk memahami proses perubahan keadaan geografi tersebut. Oleh yang demikian, beliau mula menulis karya ilmu geografi yang lengkap dengan cara menulis huraian tentang Catatan Air. Huraian tentang Catatan Air yang ditulis oleh beliau merupakan buku klasik ilmu geografi bersepadu yang pertama dalam sejarah China.

Li Daoyuan, Sarjana Tersohor pada Zaman Silam China

Huraian tentang Catatan Air merupakan karya geografi yang terdiri daripada pelbagai subjek dengan 320 ribu perkataan. Buku itu telah mencatatkan keadaan lebih 2500 sungai, tasik, sumber mata air, saluran air dan kolam air di pelbagai tempat di China. Jumlah itu lebih banyak daripada jumlah yang dicatatkan dalam Catatan Air dan karya-karya geografi sebelumnya. Buku itu bukan saja telah mencatatkan keadaan sungai-sungai di China, tetapi juga telah memperkenalkan tempat punca pelbagai sungai, sungai utama dan anak sungai, kelebaran dan kedalaman alur sungai, panjangnya aliran sungai, arah aliran dan perubahan jumlah air dalam pelbagai musim. Selain itu, buku itu juga telah memperkenalkan sejarah, muka bumi, keadaan ekonomi, politik, kebudayaan, sosial, adat resam dan tapak peninggalan sejarah di kawasan aliran pelbagai sungai. Huraian tentang Catatan Air mengutip bahan rujukan daripada hampir 400 buah karya pada zaman purba China. Oleh sebab kebanyakan karya tersebut telah pupus, maka kutipan yang dibuatnya dalam Huraian tentang Catatan Air mempunyai nilai yang sangat tinggi.

Li Daoyuan mempunyai kepandaian yang tinggi dalam kesusasteraan. Ini menyebabkan Huraian tentang Catatan Air merupakan sebuah buku klasik ilmu geografi yang mempunyai ciri-ciri kesusasteraan. Misalnya, buku itu telah mencatatkan 41 sumber mata air panas. Li Daoyuan bukan sahaja mencatatkan lokasi sumber mata air panas tersebut, tetapi juga telah menceritakan secara terperinci bagaimana penduduk di kawasan tersebut mandi dalam sumber mata air panas dan merawati penyakit dengan menggunakan sumber mata air panas itu. Artikel itu memang sangat menarik. Tiga Gaung, ialah satu artikel daripada buku tersebut yang menggambarkan Tiga Gaung, pada masa ini telah disenaraikan dalam buku teks sekolah menengah di China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin