Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Tao Yuanming, Sasterawan Tersohor Zaman Dinasti Jin Timur

2014-12-12 11:40:05

"Petik bunga kekwa di sekitar pagar sebelah timur dan kelihatan gunung Nanshan dari kejauhan", ini merupakan sajak yang ditulis oleh Tao Yuanming, sasterawan tersohor pada zaman Dinasti Jin Timur China. Sajak itu sangat terkenal dalam sejarah kesusasteraan China. Semangat wajar, sederhana dan santai yang diperlihatkan dalam sajak itu merupakan cita-cita luhur yang diidam-idamkan oleh ramai tekoh ternama dan pujangga tersohor pada zaman silam China. Tao Yuanming merupakan pengasas puisi jenis idil di China. Beliau berminat dan berpuas hati terhadap kehidupan sederhana yang menjadi prinsip hidupnya. Tabiatnya yang berterus terang dan berhemah disanjung tinggi oleh sasterawan pelbagai dinasti pada zaman silam China.

Tao Yuanming hidup dalam zaman Dinasti Jin Timur pada abad ke-4 Masihi. Moyangnya Tao Kan merupakan pengasas Dinasti Jin Timur, manakala datuk dan bapanya pernah dilantik sebagai pegawai kerajaan. Semasa Tao Yuanming berusia 8 tahun, bapanya meninggal dunia dan kedudukan keluarganya semakin merosot. Semasa mudanya, Tao Yuanming berusaha untuk berjaya dalam politik. Akan tetapi, tempoh Dinasti Jin Timur merupakan tempoh yang penuh dengan kacau-bilau. Tidak lama selepas dilantik sebagai pegawai, Tao Yuanming yang berusia 29 tahun ketika itu telah meletakkan jawatan dan pulang ke kampungnya sebab tidak berpuas hati terhadap ketidakadilan masyarakat.

Tao Yuanming, Sasterawan Tersohor Zaman Dinasti Jin Timur

Kehidupan keluarga Tao Yuanming semakin susah. Walaupun beliau berusaha menanam padi-padian, namun masih tidak mampu menyara keluarganya. Beliau terpaksa menyandang jawatan ketua Kaunti Pengze semasa berumur 41 tahun. Pada suatu hari, seorang pegawai atasan mengadakan tinjauan ke Kaunti Pengze. Pegawai itu kasar lagi sombong. Setibanya di kaunti itu, pegawai atasan tersebut mengarahkan pengikut-pengikutnya memaklumkan ketua kaunti Tao Yuanming agar menjemput pegawai atasan itu dengan memakai uniform. Tao Yuanming yang meremehkan kedudukan dan kekayaan telah memandang rendah terhadap pegawai atasan itu serta enggan menjemputnya. Pengikut Tao Yuanming telah menasihatinya bahawa sekiranya dia tidak menjemput atau tidak memakai uniform, pegawai tersebut akan menyusahkannya pada kemudian hari kelak. Tao Yuanming berasa sangat marah lalu beliau berkata, "saya tidak akan tunduk kepada orang yang keji itu semata-mata untuk mendapatkan gaji sebanyak 5 dou beras". Dou merupakan sejenis alat pengukur beras yang diperbuat daripada kayu atau buluh pada zaman purba di China, 5 dou beras bersamaan dengan 50 liter. Disebabkan hal itu, beliau segera meletakkan jawatannya. Beliau hanya sempat menyandang jawatan sebagai ketua kaunti itu selama 80 hari. Ucapan Tao Yuanming iaitu "tidak tunduk semata-mata untuk mendapatkan gaji sebanyak 5 dou beras" mendapat sanjungan tinggi kalangan pujangga China. Ramai cendekiawan China menggunakan kata-kata Tao Yuanming itu untuk menunjukkan sikap yang meremehkan kedudukan dan kekayaan, sama ada pada zaman purba mahupun pada masa sekarang.

Semenjak peristiwa itulah Tao Yuanming hanya mengusahakan tanaman padi di kampungnya. Walaupun kehidupannya miskin dan sukar, tetapi beliau berasa sangat tenang dan damai. Di samping menanam padi-padian, beliau turut menulis sejumlah besar sajak yang menggambarkan pemandangan di desa dan kehidupan kaum tani. Beliau merupakan pengasas puisi jenis idil di China. Pemandangan di kampung dan kehidupan kaum tani buat pertama kalinya ditulis dengan perkataan yang indah dalam sajak.

Tao Yuanming, Sasterawan Tersohor Zaman Dinasti Jin Timur

"Taohuayuan" ditulis oleh Tao Yuanming semasa beliau telah berusia lanjut merupakan prosa yang sangat terkenal dalam sejarah kesusasteraan China. Prosa itu telah menceritakan kisah seorang nelayan memasuki Taoyuan, iaitu suatu tempat yang sunyi dan terpencil. Nelayan itu ternampak kumpulan manusia, nenek moyang mereka yang datang bersembunyi di tempat itu untuk mengelakkan diri daripada peperangan. Mereka tidak mengetahui dan juga tidak memerhatikan perkara yang berlaku di luar Taoyuan. Mereka bekerja dengan tulus hati dan rajin, berpuas hati atas kehidupan tradisional, sederhana dan santai itu. Dengan menulis "Taohuayuan", Tao Yuanming telah meluahkan harapan beliau terhadap cara hidup masyarakat yang ideal. Prosa itu mempesonakan pelbagai generasi pujangga China dan perkataan Taoyhuauan mempunyai persamaan dengan maksud utopia di China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin