Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Laozi, Ahli Falsafah Terkenal dalam Sejarah China

2014-12-12 11:35:32

Pada lebih 2,500 tahun yang lalu adalah Period Musim Bunga dan Gugur di China. Walaupun pemerintahan kerajaan pusat iaitu Dinasti Zhou telah ditubuhkan, tetapi peperangan sering dilancarkan oleh pelbagai negeri dalam masa panjang. Perjuangan antara pelbagai kelas dan lapisan masyarakat berlaku dengan hebat. Sehubungan dengan itu, sarjana yang mewakili pelbagai kelas dan lapisan masyarakat telah memperkenalkan falsafah pelbagai taifah. Laozi merupakan ahli falsafah yang terkenal pada tempoh itu.

Laozi, Ahli Falsafah Terkenal dalam Sejarah China

Laozi berasal dari Negeri Chu dan nama asalnya Li Er. Berdasarkan buku sejarah, tubuh badan Laozi tinggi, telinga dan matanya besar. Beliau bijak dan pengetahuan luas kerana berpeluang membaca banyak buku setelah dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menguruskan buku klasik. Sebab itu, Laozi semakin terkenal. Confucius, ahli falsafal terkenal juga sangat menghormati Laozi. Disebabkan pertarungan dalam istana diraja semakin serius, buku klasik yang diuruskan oleh Laozi telah dirompak, Laozi kehilangan kerjanya.

Setelah diberhentikan kerja, Laozi meninggalkan bandar tersebut dengan menunggang lembu, beliau hendak menetap di tempat yang sunyi di kampung. Semasa melalui sebuah gunung, Laozi bertemu dengan seorang pegawai yang bertugas mengawal gunung itu. Pegawai yang sangat menghormati Laozi itu memohon Laozi menulis buku untuknya. Laozi memenuhi permintaan pegawai itu dan menulis Daode Jing untuk pegawai itu. Selepas itu, Laozi meninggalkan gunung itu dengan menunggang lembu dan menetap di sebuah tempat sunyi yang tidak diketahui umum. Catatan tentang Laozi dalam buku sejarah tidak banyak, Daode Jing merupakan buku paling terkenal yang ditulis oleh Laozi.

Daode Jing memperlihatkan fahaman materialisme Laozi dan merupakan warisan budaya penting pada zaman silam China. Dao dalam bahasa Mandarin merupakan jalan atau laluan, Laozi dalam Daode Jing mensifatkan Dao sebagai kanun. Laozi telah mengkaji secara mendalam perubahan alam dan perkembangan masyarakat. Beliau berpendapat, kelakuan manusia berdasarkan perubahan bumi, perubahan bumi berdasarkan perubahan langit, perubahan langit berdasarkan kanun, manakala kanun berdasarkan alam. Berdasarkan pandangan Laozi, Dao iaitu kanun merupakan asas dunia. Beliau juga berpendapat, semua barang yang terdapat di dunia saling berkaitan dan boleh berubah antara satu sama lain. Sebagai contoh, kebahagiaan berkaitan dengan kemalangan, kebahagiaan boleh berubah menjadi kemalangan, sama halnya, kemalangan boleh menjadi punca kebahagiaan. Laozi menganggap tambahan jumlah barangan boleh mengakibatkan perubahan kualiti barangan itu, benih yang bentuknya kecil boleh tumbuh menjadi pohon tinggi dan tanah yang butirnya halus boleh membina pentas tinggi.

Laozi mencintai perdamaian dan menentang peperangan. Beliau berpendapat pemerintah tidak harus mengenakan cukai tinggi terhadap rakyat dan rakyat menyokong pemerintah yang melaksanakan pemerintahan adil dan bijak.

Laozi telah menggambarkan masyarakat ideal seperti berikut, negara tidak besar, penduduk tidak ramai, walaupun terdapat senjata tetapi tidak digunakan, rakyat makan makanan enak, memakai pakaian cantik dan tinggal di rumah besar, kehidupan rakyat sederhana dan tidak memerlukan tulisan. Walaupun pandangan Laozi tersebut tidak begitu positif, tetapi telah mencerminkan kebencian rakyat terhadap peperangan yang berlarutan dalam banyak tahun dan hasrat mereka yang mengharapkan ketenteraman masyarakat.

Laozi disanjung sebagai pengasas agama Tao China. Daode Jing juga dipuja sebagai salah satu daripada 3 kitab utama agama Tao. Pada zaman dekat, falsafah Laozi telah diperkenalkan ke pelbagai negara barat. Daode Jing diterjemahkan bahasa Inggeris dalam lebih 40 jenis versi pada masa ini.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin