Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Wen Tianxiang, Pahlawan Patriotik dalam Sejarah China

2014-12-12 11:31:08

Wen Tianxiang dilahirkan pada tahun 1236 Masihi iaitu semasa zaman Dinasti Song. Bapanya merupakan seorang sarjana yang mempunyai kepandaian tinggi dalam bidang-bidang astronomi, geografi, kedoktoran, kesusasteraan dan lain-lain. Wen Tianxiang telah diberi ajaran yang baik dalam pelbagai bidang oleh bapanya semasa beliau masih kecil lagi. Beliau belajar dengan tekun dan mempunyai minat yang luas terhadap pelbagai bidang. Cita-cita yang memperlihatkan keluhuran intelektual pada zaman purba China adalah tekun belajar dan dilantik sebagai pegawai kerajaan selepas lulus daripada peperiksaan kerajaan. Semasa berusia 20 tahun, Wen Tianxiang telah mengikuti peperiksaan kerajaan. Beliau telah menjadi pemenang pertama dalam peperiksaan itu dan dipuji oleh maharaja.

Wen Tianxiang, Pahlawan Patriotik dalam Sejarah China

Pada masa itu, kerajaan Dinasti Song yang telah memerintah selama lebih 200 tahun. Ini menyebabkan pemerintahannya semakin hari semakin mundur. Negeri Yuan yang ditubuhkan oleh etnik Mongol di sebelah utara semakin menjadi kuat dan sentiasa melakukan pencerobohan terhadap wilayah Dinasti Song bagi membolehkan mereka menduduki wilayah Dinasti Song. Bagi menghadapi pencerobohan tentera Negeri Yuan, ada pegawai kerajaan Dinasti Sung yang mencadangkan supaya melarikan diri dan memindahkan ibu negara ke bahagian selatan. Pendapat itu telah disetujui oleh sejumlah besar pegawai kerajaan yang penakut. Namun begitu, Wen Tianxiang telah mengemukakan pendapatnya kepada maharaja bahawa pegawai kerajaan yang memberi cadangan untuk melarikan diri dan memindahkan ibu negara harus dibunuh bagi menstabilkan situasi dalam negara yang kacau-bilau dan mengatasi kekhuatiran rakyat jelata. Akan tetapi, pendapat yang dikemukakannya tidak diterima oleh maharaja. Dalam masa lebih sepuluh tahun selepas itu, Wen Tianxiang sentiasa menaruh perhatian terhadap keselamatan dan keadaan negara. Beliau mengekalkan pendiriannya yang tegas iaitu melawan pencerobohan tentera Negeri Yuan. Disebabkan pendiriannya yang membelakangi pendirian sesetengah pegawai kanan yang hendak bertolak ansur dengan Negeri Yuan dan melarikan diri ke bahagian selatan, maka Wen Tianxiang telah beberapa kali dipecat daripada jawatannya.

Pada tahun 1274, Negeri Yuan telah mengarahkan 200 ribu orang tentera bagi menyerang ibu negara Dinasti Song Bandar Lin'an iaitu Bandar Hangzhou pada masa ini, keadaan pada masa itu menjadi sangat serius dan kerajaan Dinasti Song menghadapi situasi yang amat bahaya. Kerajaan Dinasti Song telah mengeluarkan pengumuman yang menyeru pegawai kerajaan dan panglima tentera untuk menahan pencerobohan tentera Negeri Yuan. Walaupun Wen Tianxiang bukan panglima tentera, tetapi beliau berazam untuk membentuk dan memimpin pasukan tentera itu menangkis pencerobohan tentera Negeri Yuan. Disebabkan Wen Tianxiang terkenal dengan pendiriannya yang tegas untuk melawan pencerobohan tentera Negeri Yuan, maka ramai orang telah mengikuti pasukan tenteranya. Dalam masa yang singkat, beliau telah membentukkan tentera yang terdiri daripada lebih 30 ribu orang askar. Beliau juga menjadikan hartanya sendiri sebagai perbelanjaan ketenteraan dan mengarahkan tentera itu melancarkan pertempuran terhadap tentera penceroboh Negeri Yuan.

Dalam pertempuran melawan pencerobohan tentera Negeri Yuan yang berturut-turut selama beberapa tahun, akhirnya tentera yang diarahkan oleh Wen Tianxiang telah berjaya merampas kembali banyak wilayah yang diduduki oleh tentera musuh dan menjadi satu pasukan tentera yang kuat. Dalam satu pertempuran, Wen Tianxiang ditawan oleh tentera penceroboh Negeri Yuan. Kerajaan Dinasti Song berjaya dirampas oleh Negeri Yuan. Pegawai kanan kerajaan Dinasti Song, Lu Xiufu terpaksa terjun ke dalam sungai dengan memeluk maharaja Dinasti Song bersama-samanya yang ketika itu hanya berumur 9 tahun bagi tujuan membunuh diri. Walaupun Dinasti Song berjaya dikalahkan, tetapi Wen Tianxiang yang ditahan tidak mahu menyerahkan diri kepada tentera Negeri Yuan. Disebabkan Wen Tianxiang mempunyai keterampilan yang tinggi, maka penguasa Negeri Yuan berharap Wen Tianxiang bekerjasama dengan mereka dan menggunakan keterampilan Wen Tianxiang yang tinggi untuk menasihatkan kalangan intelektual Dinasti Song berkhidmat kepada Negeri Yuan. Wen Tianxiang taat kepada Dinasti Song dan tidak mahu menyerahkan diri kepada Negeri Yuan. Penguasa Negeri Yuan sanggup melantik Wen Tianxiang sebagai pegawai tinggi Negeri Yuan malah dilantik sebagai Perdana Menteri Negeri Yuan asal saja Wen Tianxiang tunduk dengan kehendak mereka. Walau bagaimanapun tawaran itu telah ditolak oleh Wen Tianxiang. Selepas ditahan selama 4 tahun, Wen Tianxiang dibunuh pada tahun 1283. Semangat patriotik Wen Tianxiang sentiasa disanjung tinggi oleh rakyat China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin