Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Yan Fu, Ahli Fikir dan Ahli Penterjemah yang Tersohor di China

2014-12-12 10:31:59

Pada akhir zaman feudal, sekumpulan ahli fikir telah muncul di China. Mereka telah mempelajari sains fizikal dan teori Barat tentang sosial dan politik dan berpendirian untuk menjalankan pembaharuan di China. Usaha mereka telah mendorong perubahan dari zaman purba kepada zaman moden di China. Encik Yan Fu merupakan salah sorang daripada mereka.

Yan Fu, Ahli Fikir dan Ahli Penterjemah yang Tersohor di China

Encik Yan Fu hidup pada penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20, iaitu pada penghujung zaman sistem feudal di China. Untuk meneroka pasaran dan merebut tanah jajahan, negara-negara kolonialis dari Barat telah kerap kali melancarkan perang terhadap China. Dalam perang tersebut, pasukan tentera China yang dengan senjata yang ketinggalan zaman sama sekali tidak dapat menahan pencerobohan tentera Barat yang dilengkapi dengan senjata yang maju. Kekalahan berturut-turut tentera China telah menyedarkan kalangan cendekiawan bahawa pembaharuan sistem pemerintahan mesti dijalankan di China agar ilmu-ilmu dan teknologi Barat yang maju dapat diguna pakai oleh China untuk memajukan negara. Encik Yan Fu telah memasuki sebuah sekolah tempatan jenis baru untuk mempelajari ilmu-ilmu Barat semasa masih muda.

Pada tahun 1877, Yan Fu yang berusia 24 tahun telah dihantar ke Britain untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang maritim. Semasa di Britain, Yan Fu telah melahirkan minat yang kuat terhadap sistem sosial dan politik tempatan. Beliau telah membaca banyak buku tentang sains politik kapitalisme dan menjunjung tinggi teori evolusi yang popular pada ketika itu. Selepas pulang ke China, Yan Fu telah ditugaskan untuk mengajar pasukan tentera laut China, tapi beliau tidak pernah diberi jawatan penting.

Dengan melihat keadaan kemiskinan dan kemorosotan masyarakat China pada masa itu, Yan Fu telah menulis dan menerbitkan banyak rencana atau ulasan politik yang menyeru pembaharuan dan menentang pemerintahan maharaja dan golongan bangsawan. Rencananya telah melahirkan pengaruh yang besar kepada kalangan ahli fikir zaman itu.

Kejayaan terbesar Yan Fu adalah dalam bidang penterjemahan. Beliau merupakan ahli penterjemah China pertama yang menterjemah karya-karya ilmu politik, ekonomi dan sains fizikal Barat secara sistematik. Pada tahun 1898, hasil karya ahli botanis Inggeris, T. H. Henry Huxley "Evolution and Ethics and Other Essays" edisi bahasa China yang diterjemahnya sendiri telah berjaya diterbitkan. Karya yang memaparkan teori evolusi Barat itu telah memberi impak kepada aliran pemikiran China pada masa itu. Selepas itu, beliau juga telah menterjemah dan menerbitkan tujuh buah karya penting dari Barat, antaranya termasuklah "Spirit of Law" yang ditulis oleh C. D. S Montesquien dan "Study of Sociology" yang ditulis oleh H. Spencer. Terjemahan lapan buah karya tersebut telah menjadi bacaan popular dalam kalangan masyarakat China dan banyak menambahkan pengetahuan rakyat China dalam bidang sains, ekonomi, politik, perundangan dan sosiologi dan telah memberi bimbingan kepada pembaharuan zaman kapitalis yang dilaksanakan pada awal abad ke-20 di China.

Yan Fu merupakan ahli penterjemah yang julung kali mengemukakan prinsip yang menjunjung "ketepatan, kelancaran dan keindahan bahasa" dalam aktiviti penterjemahan. Prinsip tersebut masih diguna pakai oleh kalangan penterjemah di China sehingga hari ini.

Ketika berusia lanjut, Yan Fu telah berkecimpung dalam bidang pendidikan tinggi. Beliau bercita-cita untuk meningkatkan kekuatan negara melalui pendidikan fizikal, intelektual dan akhlak. Beliau berpendapat bahawa rakyat China harus mempunyai badan dan mental yang cergas dan sihat dan juga perlu berpengetahuan.

Pada tahun 1905, Yan Fu telah menceburkan diri dalam penubuhan "Fudan Public School" iaitu Universiti Fudan di Shanghai pada masa ini. Beliau dilantik sebagai Naib Canselor kedua universiti itu. Sehingga tahun 1912, Universiti Metropolitan yang dibuka pada tahun 1898 oleh kerajaan Dinasti Qing telah ditukarkan namanya kepada Universiti Peking. Yan Fu telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti itu. Ini memperlihatkan kewibawaannya dalam kalangan ahli fikir dan cendekiawan pada masa itu.

Yan Fu juga ialah seorang ahli pendidik yang sangat mementingkan pendidikan terhadap kaum wanita. Beliau pernah menyanjung tinggi penubuhan sekolah perempuan di Shanghai dan menganggapnya sebagai permulaan bagi kaum wanita membebaskan diri daripada belenggu diskriminasi untuk menerima pendidikan. Beliau berpendapat bahawa anak perempuan harus menerima pendidikan yang saksama dengan anak lelaki dan juga perlu menyertai aktiviti sosial. Ini merupakan pandangan yang cukup terbuka pada zaman itu.

Yan Fu meninggal dunia pada usia 68 tahun. Meskipun pada peringkat awalnya beliau adalah antara mereka yang sangat menyokong penyebaran budaya Barat ke China, akan tetapi, ketika berusia lanjut, Yan Fu mula khuatir akan kemorosotan budaya kebangsaan China, maka dalam wasiatnya Yan Fu telah melahirkan harapan supaya keagungan budaya kebangsaan China dapat dikembalikan semula. Walau bagaimanapun, Yan Fu tetap dikenali sebagai seorang ahli fikir China yang terunggul pada zaman itu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin