Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Li Bing, Pakar Tali Air Terkenal pada Zaman Silam China

2014-12-12 10:26:18

Li Bing merupakan seorang pakar tali air tersohor pada zaman silam China. Beliau membina Dujiangyan, projek tali terbesar pada 2200 tahun yang lalu di China. Projek itu merupakan satu-satunya projek tali air dibina pada lebih 2000 tahun lalu yang masih kekal sehingga sekarang dan masih digunakan serta memainkan peranan penting dalam mengairi sawah ladang dan mengalirkan air bah di dunia. Projek yang unggul itu disenaraikan sebagai warisan dunia pada tahun 2000.

Li Bing, Pakar Tali Air Terkenal pada Zaman Silam China

Dujiangyan terletak di lembah Sichuan di barat daya China. Sungai Minjiang, anak Sungai Yangtze berpunca di sebelah barat laut lembah Sichuan. Kawasan hulu sungai itu terletak di kawasan pergunungan tinggi dan curam, air sungai itu mengalir deras. Apabila air sungai itu mengalir sahingga ke Dataran Chengdu di lembah Sichuan, aliran air sungai itu menjadi perlahan, banyak pasir dalam aliran air sungai itu mendap di alur sungai di sana. Ini mengakibatkan bencana air bah berlaku pada musim panas dan luruh setiap tahun, manakala selepas musim tengkujuh, bencana kemarau sentiasa berlaku di sana.

Pada tahun 250 sebelum Masihi, Li Bing dilantik sebagai pegawai tempatan di kawasan lembah Sichuan Negeri Qin Dinasti Zhou. Li Bing mempunyai kepakaran dalam bidang astronomi dan geografi. Beliau dan anak lelakinya meninjau bentuk muka bumi Sungai Minjiang, mengkaji sebab bencana air bah dan membina projek tali air terkenal Dujiangyan di Sungai Min.

Dalam buku sejarah China, catatan tentang Li Bing membina Dujiangyan amat sedikit dan hanya dicatat dalam beberapa catatan sejarah tempatan. Dalam buku sejarah Negeri Qin Dinasti Zhou tidak tercatat bahan tentang beliau. Manakala dalam Catatan Sejarah terkenal yang diterbitkan oleh Sima Qian, ahli sejarah terkenal pada abad ke-2 sebelum Masihi hanya terdapat satu ayat sahaja.

Li Bing, Pakar Tali Air Terkenal pada Zaman Silam China

Projek Dujiangyan terdiri daripada tiga bahagian iaitu tambak pemisah air, Baopingkou dan Feishayan. Tambak pemisah air sepanjang kira-kira 3000 meter, tambak yang dibina di tengah Sungai Minjiang memisahkan aliran air sungai tersebut sebagai sungai dalam dan sungai luar. Sungai dalam digunakan untuk mengairi sawah ladang dan untuk tujuan perkapalan, manakala sungai luar untuk mengalirkan air bah. Baopingkou merupakan pintu masuk air sungai dalam yang panjangnya kira-kira 80 meter dan lebarnya kira-kira 20 meter, ia dapat mengawal secara automatik jumlah air yang mengalir masuk ke dalam sungai dalam. Feishayan merupakan saluran sepanjang 200 meter yang dibina antara tambak pemisah air dan Baopingkou. Ia merupakan satu tambak rendah yang hanya setinggi 2 meter daripada alur sungai. Fungsinya ialah supaya aliran air yang terlalu banyak dan deras dan membawa banyak pasir dapat melalui tambak rendah Feishayan dan disalurkan ke sungai luar untuk menjamin keselamatan sungai dalam dan Baopingkou, pintu masuk air sungai dalam. Selain itu, Feishayan juga berfungsi mengurangkan pasir yang mendap di hadapan Baopingkou.

Li Bing, Pakar Tali Air Terkenal pada Zaman Silam China

Reka bentuk dan pembinaan Dujiangyan memperlihatkan kepakaranan Li Bing dan rakyat China pada zaman silam.

Dujiangyan dibina lebih awal beberapa puluh tahun berbanding Tembok Besar China yang dibina pada zaman Dinasti Qin. Tembok Besar China dibina untuk menghalang pencerobohan etnik mionoriti yang menetap di sebelah utara dan fungsi asalnya sekarang sudah tidak berguna lagi. Manakala Dujiangyan terus memainkan peranannya sehingga sekarang. Sebagai projek tali air, Dujiangyan bukan sahaja dapat mengairi sawah ladang dan menjamin laluan perkapalan, tetapi juga dapat mengatasi bencana air bah yang sentiasa berlaku di Sungai Minjiang. Projek tali air Dujiangyan menjamin hasil pertanian yang baik di capai setiap tahun di Dataran Chengdu selama lebih 2000 tahun lalu dan projek tali air itu merupakan tali air terkenal dalam sejarah tali air dunia.

Li Bing, Pakar Tali Air Terkenal pada Zaman Silam China

Demi menyanjung jasa Li Bing, Rumah Berhala Erwang dibina di tempat berhampiran Dujiangyan. Pada tahun 1974, satu arca pahatan batu Li Bing setinggi 3 meter telah ditemui di alur sungai luar di Dujiangyan.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin