Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Xu Guangqi, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

2014-12-12 10:20:40

Pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17, mubaligh barat datang ke China untuk memperkenalkan ajaran agama Katolik. Di samping itu, mereka juga telah membawa hasil kajian sains dari barat. Ahli sains terunggul China Xu Guangqi bersama-sama dengan mubaligh barat telah memperkenalkan sains yang maju dari Eropah kepada lapisan intelektual China.

Xu Guangqi dilahirkan pada tahun 1562 di Shanghai, timur China. Sama seperti intelektual lain di China, Xu guangqi bercita-cita untuk dilantik sebagai pegawai di Beijing semasa mudanya. Akan tetapi, pertemuan beliau dengan Matteo Ricci, seorang mubaligh dari Eropah menyebabkan beliau menjadi ahli sains yang terunggul di China.

Xu Guangqi, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

Potret Xu Guangqi

Pada masa mudanya, Xu Guangqi bertolak dari Shanghai ke Beijing untuk mengikuti peperiksaan kerajaan. Semasa melalui Nanjing dalam perjalanan ke Beijing, beliau diketahui bahawa terdapat seorang mubaligh barat yang bernama Matteo Ricci di Nanjing sentiasa memperkenalkan pengetahuan sains barat kepada kaum intelektual di sana dan kaum intelektual di sana telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Matteo Ricci. Lantaran itu, Xu Guangqi telah berkenalan dengan Matteo Ricci. Beliau mendapati bahawa pengetahuan yang diperkenalkan oleh Matteo Ricci merupakan pengetahuan sains yang tidak pernah dipelajari oleh beliau daripada buku teks pada masa yang lalu. Semenjak itulah, beliau telah berminat terhadap pengetahuan sains barat dan telah menjadi seorang penganut agama Katolik.

Matteo Ricci menyebarkan pengetahuan sains bertujuan untuk memperkenalkan ajaran agama Katolik. Matteo Ricci mengetahui bahawa kegiatan memperkenalkan ajaran agama Katolik di China mesti dibenarkan oleh maharaja China. Pada masa itu, maharaja China melarang mubaligh barat memperkenalkan ajaran agama katolik di Beijing. Matteo Ricci terlebih dahulu mengenali dan menjalinkan hubungan rapat dengan pegawai kanan dan mereka yang mempunyai pengaruh di Nanjing dan tempat yang lain dan meminta mereka meyakinkan maharaja supaya bertitah untuk memperkenalkan ajaran agama Katolik di Beijing. Akhirnya beliau telah dibenarkan untuk menghadap maharaja di Beijing dan mendapatkan mandat istimewa untuk memperkenalkan ajaran agama Katolik di Beijing.

Xu Guangqi, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

Xu Guangqi dengan Matteo Ricci

Beberapa tahun selepas itu, Xu Guangqi dilantik sebagai pegawai dan bertugas di Beijing. Dengan demikian, beliau berpeluang memelihara hubungan rapat dengan Matteo Ricci dan mubaligh barat yang lain. Xu Guangqi berpendapat bahawa mempelajari pengetahuan sains barat bermanfaat bagi pembangunan negara. Maka beliau mula belajar dengan Matteo Ricci dalam bidang-bidang astronomi, matematik, pengukuran, pembuatan senjata dan lain-lain. Persahabatan dan kerjasama antara beliau dengan Matteo Ricci telah diteruskan selama beberapa puluh tahun.

Peranan yang dimainkan oleh Xu Guangqi dalam perkembangan sains China terutamanya diperlihatkan dalam penterjemahan karya-karya barat. Beliau bekerjasama dengan Matteo Ricci telah menterjemah karya matematik terkenal Kaedah Geometri ke dalam bahasa Mandarin. Beliau menterjemah karya itu secara bersungguh-sungguh. Penterjemahan itu berlangsung selama lebih setahun. Karya itu merupakan karya matematik barat yang pertama ditejemahkan ke dalam bahasa Mandarin. Selain itu, beliau juga bekerjasama dengan Matteo Ricci untuk menterjemah karya-karya barat dalam bidang-bidang pengukuran dan tali air. Lantaran itu, beliau telah mengkaji almanak zaman purba China dan mempelajari pengetahuan sains Eropah yang terkini dalam bidang astronomi.

Xu Guangqi, Ahli Sains Tersohor pada Zaman Silam China

Kubur Xu Guangqi

Berdasarkan kajian dan pelajaran tersebut, beliau telah mangadakan sendiri pengkajian terhadap astronomi dan almanak dan telah mencapai pencapaian yang tinggi. Pada tahun 1629, Xu Guangqi buat pertama kalinya telah berjaya mengira tarikh berlakunya gerhana matahari dengan menggunakan pengetahuan astronomi dan matemetik barat. Xu Guangqi mengetuai ahli sains yang lain telah menyunting Kalendar Chongzhen, sebuah kalendar yang penting dalam sejarah China, konsep tentang bumi berbentuk sfera, garis bujur dan garis lintang buat pertama kalinya telah termaktub dalam kalendar itu. Perkara ini memainkan peranan penting bagi perkembangan ilmu astronomi China.

Xu Guangqi telah menulis belasan karya yang penting yang terdiri daripada lebih 3 juta perkataan. Beliau telah membuat sumbangan besar dalam perkembangan matemetik, astronomi, almanak, ketenteraan dan pertanian China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin