Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Puteri Wencheng dan Songtsam Gambo

2014-12-11 16:42:45

Bandar Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China merupakan sebuah bandar yang mempunyai keistimewaannya tersendiri di dataran tinggi dan juga merupakan tempat suci agama Buddha yang terkenal. Di bandar tersebut bukan sahaja terdapat Istana Potala yang termasyhur di dunia, tetapi juga terdapat banyak tempat tinggalan sejarah yang mencatatkan riwayat tentang hubungan persahabatan antara pemerintahan pelbagai dinasti dengan Tibet China pada zaman silam. Riwayat yang paling manarik ialah kisah tentang perkahwinan antara Puteri Wencheng daripada Dinasti Tang dengan Raja Tibet Songtsam Gambo.

Dinasti Tang dari abad ke-7 hingga abad ke-10 merupakan salah satu dinasti yang melahirkan pengaruh paling besar dalam sejarah China. Kerajaan Dinasti Tang bukan sahaja makmur tetapi juga kuat dan telah memainkan peranan penting di seluruh kawasan Asia Timur. Pada masa awal penubuhan Dinasti Tang, ketua puak di barat daya Songtsam Gambo telah menyatukan Tibet dan menubuhkan kerajaan Negeri Tubo iaitu pemerintahan Tibet purba. Semasa pemerintahannya iaitu sebagai raja Negeri Tubo, Songtsam Gambo telah memutuskan siri ketetapan untuk mengembangkan ekonomi dan kebudayaan. Beliau mencipta perkataan danistilah dalam bahasa Tibet, memperkenalkan agama Buddha dan menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha. Selain itu, Songtsam Gambo juga meningkatkan hubungan rapat dengan kerajaan Dinasti Tang, mempelajari teknik pengeluaran dan kebudayaan yang maju daripada kerajaan Dinasti Tang dan dua kali menghantar utusan kepada kerajaan Dinasti Tang untuk berkahwin dengan puteri baginda.

Pada tahun 640 Masihi, Maharaja Dinasti Tang Li Shimin telah menyetujui permohonan Songtsam Gambo dan sanggup mengahwinkan Puteri Wencheng dengan Songtsam Gambo.

Puteri Wencheng dan Songtsam Gambo

Songtsam Gambo sangat gembira apabila mengetahui berita tentang kedatangan Puteri Wencheng daripada Dinasti Tang ke Tubo untuk berkahwin dengannya. Baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar dan tenteranya telah pergi ke tempat punca Sungai Kuning yang merupakan sempadan antara kerajaan Dinasti Tang dengan Tubo pada masa itu untuk menjemput Puteri Wencheng. Semasa tiba di Lhasa, Puteri Wencheng telah dialu-alukan dengan meriah oleh rakyat tempatan.

Puteri Wencheng dan Songtsam Gambo

Melalui perkahwinan antara Puteri Wencheng dengan Songtsam Gambo telah meningkatkan lagi perkembangan ekonomi tempatan, menyebarkan kebudayaan agama Buddha dan merapatkan hubungan antara kerajaan Dinasti Tang dengan Tubo. Puteri Wencheng menghadiahkan benih padi-padian dan sayur-sayuran yang dianugerahkan oleh bapanya Li Shimin, Maharaja Dinasti Tang kepada penduduk tempatan dan memperkenalkan cara penanaman padi-padian dan sayur-sayuran serta teknik pengisaran tepung gandum dan penapaian arak kepada penduduk tempatan. Puteri Wencheng juga membawa pedati, kuda, unta dan lain-lain ke Tubo dan telah mendorong kemajuan masyarakat di sana. Pada masa itu, agama Buddha telah popular dalam kerajaan Dinasti Tang, maka Puteri Wencheng telah membawa bersama-samanya pagoda Buddha, kitab-kitab agama Budaha dan patung Buddha ke Tubo. Songtsam Gambo telah menerima cadangan Puteri Wencheng tentang pembinaan kuil agama Buddha untuk menyebarkan agama Buddha di Tubo dan telah membina Kuil Jokhang di bandar Lhasa. Patung Buddha yang disembah di dalam Kuil Jokhang pada masa ini sebenarnya telah dibawa oleh Puteri Wencheng dari Changan pada masa itu. Putera Wencheng telah menanam sebatang pokok willow di hadapan kuil itu dan pokok tersebut terus dipelihara sampai sekarang. Nama gunung yang diberikan oleh Puteri Wencheng terus digunakan sampai sekarang.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin