Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Qihuangong, Tokoh Terkenal Dalam Sejarah China

2014-12-11 16:26:04

Tempoh pada tahun 770 sehingga tahun 481 sebelum Masihi merupakan Zaman Musim Bunga dan Gugur Dinasti Zhou dalam sejarah China. Pada tempoh itu, pemerintahan kerajaan pusat Dinasti Zhou semakin lemah, pelbagai negeri melancarkan peperangan terhadap negeri lain untuk meluaskan wilayah. Raja pelbagai negeri berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kekuatan dan kedudukan sendiri. Raja Qihuangong merupakan raja yang paling terkenal antara raja pelbagai negeri pada tempoh itu.

Qihuangong merupakan raja ke-15 Negeri Qi, negeri yang besar antara pelbagai negeri pada Zaman Musim Bunga dan Gugur Dinasti Zhou. Negeri Qi terletak di bahagian utara Provinsi Shandong timur China pada masa ini. Qihuangong bertakhta pada tahun 685 sebelum Masihi.

Qihuangong, Tokoh Terkenal Dalam Sejarah China

Raja Qihuangong Negeri Qi memerintah negerinya dengan kepakaran dan kebijaksanaan pemerintahan yang tinggi dan berdasarkan faktor itu baginda telah mencapai kejayaan gemilang.

Raja Qihuangong Negeri Qi memilih dan melantik pegawai berdasarkan kebolehan mereka. Dengan berbuat demikian, sejumlah besar orang yang berkemahiran telah dilantik oleh baginda sebagai pegawai pemerintah. Guan Zhong pernah berusaha membunuh baginda pada masa dahulu tetapi gagal. Walaupun demikian, baginda melantik Guan Zhong menjawat jawatan Perdana Menteri Negeri Qi kerana beliau mempunyai kebolehan dan menganugerahkan Guan Zhong gelaran Pak Zhong. Guan Zhong menjawat jawatan Perdana Menteri Negeri Qi selama 40 tahun dan memainkan peranan penting menguatkan Negeri Qi.

Baginda melaksanakan secara positif tindakan pembaharuan dalam pelbagai bidang politik, ketenteraan dan diplomatik sehingga Negeri Qi menjadi negeri yang paling kuat antara pelbagai negeri selepas peperangan dalam masa yang panjang.

Terdapat kira-kira 130 buah negeri pada masa itu, belasan negeri seperti Jin, Chu, Qin dan Lu merupakan negeri yang kuat. Walaupun kerajaan Dinasti Zhou merupakan kerajaan pusat, tetapi tidak berdaya memerintah pelbagai negeri. Baginda dengan bijak mengeluarkan slogan "menyanjung kerajaan pusat dan menahan pencerobohan musuh" dan memberi bantuan dalam bidang politik dan ketenteraan kepada kerajaan pusat Dinasti Zhou. Baginda bersama-sama dengan pelbagai negeri menahan pencerobohan pelbagai etnik minoriti seperti Rong, Di dan Yi. Tindakan baginda itu mendapat pujian kerajaan pusat Dinasti Zhou dan mendapat sokongan pelbagai negeri. Pada tahun ke-6 selepas Raja Qihuangong Negeri Qi naik takhta, baginda telah dipilih sebagai ketua raja pelbagai negeri.

Qihuangong, Tokoh Terkenal Dalam Sejarah China

Raja Qihuangong Negeri Qi dianggap sebagai raja yang memperkota janjinya. Dalam peperangan, Negeri Qi telah merampas wilayah Negeri Lu. Dalam pertemuan raja Negeri-negeri Qi dan Lu, hulubalang Negeri Lu tiba-tiba mengugut baginda dengan menggunakan parang supaya baginda memulangkan wilayah yang dirampas kepada Negeri Lu. Walaupun baginda terpaksa menyetujui tuntutan hulubalang Negeri Lu pada saat yang bahaya itu, tetapi baginda telah memperkota janjinya dan memulangkan wilayah yang dirampas itu kepada Negeri Lu. Raja pelbagai negeri memuji baginda yang memperkota janjinya dan beramai-ramai bersekutu dengan baginda. Negeri Xing dan Negeri Wei diserang oleh etnik minoriti Di, Negeri Qi menghantar pasukan tentera membantu kedua-dua negeri itu, tetapi kedua-dua negeri telah dimusnahkan, baginda menitahkan tentera Negeri Qi membantu pembangunan semula kedua-dua negeri itu. Baginda juga menghantar tentera menyerang Negeri Chu yang sentiasa mengancam keselamatan Dinasti Zhou dan memaksa Negeri Chu mematuhi kerajaan pusat Dinasti Zhou.

Baginda berjaya mengurangkan peperangan dan mendorong persekutuan dan persahabatan antara pelbagai negeri serta menahan pencerobohan dan rompakan pelbagai etnik minoriti terhadap pelbagai negeri Dinasti Zhou, ini bermanfaat bagi pembangunan ekonomi dan kebudayaan serta ketenteraman rakyat pelbagai negeri Dinasti Zhou. Sehubungan dengan itu, Raja Qihuangong Negeri Qi mendapat banyak pujian dalam buku sejarah China selepasnya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin