Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Chen Sheng, Ketua Tentera Pemberontak Petani Pertama Pada Zaman Silam China

2014-12-11 16:22:19

Maharaja Qinshihuang telah menyatukan China dan menubuhkan Dinasti Qin pada tahun 221 sebelum Masihi. Baginda melaksanakan pemerintahan zalim terhadap rakyat dan menjatuhkan hukuman kejam terhadap tahanan tidak peduli mereka bersalah atau tidak. Hanya dalam belasan tahun, kehidupan rakyat mengalami kesukaran dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemerintahan kerajaan pusat Dinasti Qin semakin meningkat. Ini telah mengakibatkan pemberontakan petani besar-besaran yang diketuai oleh Chen Sheng, petani yang miskin dan pemberontakan petani tersebut mengakibatkan tumbangnya pemerintahan Dinasti Qin.

Chen Sheng, Ketua Tentera Pemberontak Petani Pertama Pada Zaman Silam China

Pada tahun 209 sebelum Masihi, satu barisan yang terdiri daripada 900 orang petani yang dikawal oleh askar tentera kerajaan Dinasti Qin sedang berkejar menuju ke sempadan di bahagian utara untuk bertugas mengawal sempadan di sana. Apabila mereka sampai di Mukim Daze Provinsi Anhui, mereka ditimpa hujan lebat berturut-turut beberapa hari dan perjalanan mereka telah tersekat. Berdasarkan peraturan dan undang-undang Dinasti Qin, mereka yang lambat tiba di destinasi akan dibunuh. Ketua barisan petani itu Chen Sheng dan Wu Guang menghadapi keadaan yang serba salah. Kalau terus berkejar menuju ke sempadan di bahagian utara, mereka tentu akan dibunuh akibat lambat tiba di sana, jika melarikan diri dan ditangkap oleh askar tentera kerajaan juga akan turut dibunuh. Mereka tidak ada pilihan lain kecuali melakukan pemberontakan. Mereka bermesyuarat dengan petani lain dan mengambil keputusan melakukan pemberontakan. Mereka membunuh askar dan pegawai tentera yang mengawal mereka dan menubuhkan tentera pemberontak petani pertama dalam sejarah masyarakat feudal China. Selepas tentera pemberontak menduduki Mukim Daze, rakyat jelata di kawasan berhampiran beramai-ramai menyertai tentera pemberontak. Dalam masa yang singkat, seramai beberapa puluh ribu orang petani telah menganggotai tentera pemberontak, dan tentera pemberontak itu telah menduduki 6 kaunti. Chen Sheng menubuhkan pemerintahan di Kaunti Chen di tengah China dan mengisytiharkan diri sendiri sebagai raja.

Pemberontakan itu mendapat sokongan petani di seluruh negara China, jumlah anggota tentera pemberontak petani meningkat sehingga beberapa ratus ribu orang. Kerajaan Dinasti Qin menghantar beberapa ratus ribu orang tentera untuk berperang dengan tentera pemberontak petani. Chen Sheng beberapa kali mengeluarkan arahan yang salah kepada tentera pemberontak pimpinannya akibat kekurangan pengalaman mengarahkan tentera dalam peperangan sehingga tentera pemberontak perani dikalahkan teruk oleh tentera kerajaan Dinasti Qin. Chen Sheng dan Wu Guang dibunuh oleh pengikutnya. Pemberontakan petani yang dipimpin oleh mereka telah gagal.

Chen Sheng, Ketua Tentera Pemberontak Petani Pertama Pada Zaman Silam China

Kegagalan Chen Sheng juga disebabkan beliau mengharapkan kehidupan yang mewah dan mempercayai nasihat orang yang berniat jahat. Sebaik Chen Sheng menubuhkan pemerintahan sendiri, tentera pemberontak petani masih belum mencapai kemenangan besar dalam peperangan dengan tentera kerajaan Dinasti Qin, Chen Sheng mula membina istana mewah untuk diri sendiri dan melantik orang yang pandai memainkan tipu muslihat sebagai pegawai pemerintahan itu. Sehubungan dengan itu, sahabat dan pengikut Chen Sheng beramai-ramai meninggalkan beliau, ini juga merupakan sebab Chen Sheng mengalami kegagalan. Kesilapan yang dilakukan oleh Chen Sheng juga sentiasa dilakukan pula oleh pemimpin tentera pemberontak petani selepasnya dalam sejarah China.

Selepas Chen Sheng dibunuh, penyokongnya terus mempertahankan perjuangan. Mereka bergabung dengan tentera pemberontak pimpinan Xiang Yu dan Liu Bang dan meneruskan peperangan terhadap tentera kerajaan Dinasti Qin. Pada tahun 206 sebelum Masihi, pemerintahan Dinasti Qin telah ditumpaskan oleh tentera pemberontak petani.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin