Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Xiang Yu, Ketua Tentera Pemberontak Petani Yang Terkenal dalam Sejarah China

2014-12-11 15:49:21

Xiang Yu berasal daripada keluarga hulubalang. Sejak kecil, beliau telah mempelajari kepakaran peperangan dengan bapa saudaranya Xiang Liang. Pada tahun 209 sebelum Masihi iaitu zaman Dinasti Qin, pemberontakan petani berlaku besar-besaran, Xiang Yu mengikuti bapa saudaranya menyertai tentera pemberontak petani. Xiang Yu terkenal kerana gagah berani dalam peperangan dan tidak lama kemudian beliau menjadi ketua salah satu tentera pemberontak petani. Tentera pemberontak petani yang diketuai oleh Xiang Yu menyerang dengan dahsyat tentera kerajaan Dinasti Qin dan menyediakan bantuan kepada tentera pemberontak petani lain yang diketuai oleh Liu Bang yang menyerbu masuk Bandar Xianyang, ibu kota Dinasti Qin. Bandar Xianyang ditawan tentera pemberontak petani, pemerintahan Dinasti Qin ditumbangkan.

Xiang Yu, Ketua Tentera Pemberontak Petani Yang Terkenal dalam Sejarah China

Selepas pemerintahan Dinasti Qin ditumbangkan, peperangan berlaku antara Xiang Yu dan Liu Bang untuk berebut kuasa pemerintahan. Melalui peperangan hebat, Xiang Yu dikalahkan oleh Liu Bang dan beliau terpaksa membunuh diri.

Xiang Yu memang gagah berani dalam pertempuran, tetapi kekurangan taktik berperang, ini mengakibatkan kegagalan beliau. Walaupun beliau gagal, tetapi beliau disanjung dan dihormati kerana beliau merupakan orang yang mementingkan perasaan.

Di China terdapat satu pepatah "pecahkan periuk dan tenggelamkan perahu". Pepatah itu berasal daripada satu cerita yang menunjukkan kegagahan Xiang Yu. Pada tahun 207 sebelum Masihi, Xiang Yu mengarahkan tenteranya mara ke Bandar Xianyang. Setelah merentasi Sungai Zhang, Xiang Yu mengarahkan askar tenteranya memecahkan periuk dan menenggelamkan perahu, setiap orang hanya membawa makanan yang hanya mencukupi keperluan tiga hari sahaja. Beliau berkata kepada pegawai dan askar tenteranya bahawa nasib kita bergantung kepada pertempuran kali ini, kita hanya boleh menang. Tentera yang diketuai beliau melancarkan serangan hebat terhadap tentera Dinasti Qin. Disebabkan Xiang Yu telah memutuskan jalan berundur mereka sendiri, maka semua pegawai dan askar tenteranya bertempur dengan gagah berani dan mencapai kemenangan besar. Pepatah "pecahkan periuk dan tenggelamkan perahu" dalam bahasa Mandarin bererti berazam mencapai kemenangan.

Xiang Yu, Ketua Tentera Pemberontak Petani Yang Terkenal dalam Sejarah China

Selepas menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin, Xiang Yu dan Liu Bang yang dulu akrab seperti saudara dan saling membantu dalam peperangan terhadap tentera Dinasti Qin telah berperang sesama sendiri untuk merebut kuasa pemerintahan dan peperangan itu berlangsung selama empat tahun. Pada mulanya, tentera berjumlah 400 ribu askar yang diketuai Xiang Yu lebih kuat daripada tentera yang diketuai Liu Bang, tetapi beliau tidak menerima nasihat baik pegawainya dan bermusuhan dengan ketua tentera pelbagai negeri yang dulu bertempur bersama untuk menumbangkan pemerintahan Dinasti Qin, disebabkan tidak berpuas hati terhadap Xiang Yu menyebabkan banyak pegawai, hulubalang dan askar tenteranya melarikan diri. Manakala Liu Bang mementingkan pendapat dan nasihat yang baik dan menjalin hubungan bersahabat dengan ketua tentera pelbagai negeri untuk mendapatkan sokongan mereka, kekuatan tenteranya semakin meningkat.

Pada tahun 202 sebelum Masihi, tentera yang diketuai Liu Bang mengepung tentera yang diketuai Xiang Yu di Gaixia Provinsi Anhui pada masa ini dan melancarkan serangan terakhir terhadap tentera Xiang Yu. Liu Bang mengarahkan askar tenteranya menyanyikan nyanyian kampung halaman askar tentera Xiang Yu pada tengah malam sehingga askar tentera Xiang Yu salah menganggap anggota keluarga mereka ditangkap dan dihantar di sana, tentera Xiang Yu menjadi kelam kabut dan beramai-ramai melarikan diri, tentera Xiang Yu mengalami kegagalan teruk. Hanya 800 askar yang menunggang kuda diketuai Xiang Yu berjaya keluar daripada kepungan tentera Liu Bang. Xiang Yu dan 800 askar yang dikejar tentera Liu Bang itu dihalang Sungai Wujiang. Xiang Yu tidak mahu menyerah diri, beliau dengan gagah membunuh diri dengan pedang.

Walaupun Xiang Yu tewas dalam peperangan itu, tetapi beliau sentiasa disanjung sebagai pahlawan dalam sejarah China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin