Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Wang Chong, Ahli Falsafah Materialisme pada Zaman Purba China

2014-12-11 15:38:03

Pada zaman purba, falsafah Confucius sentiasa menempati kedudukan utama dalam kalangan falsafah di China. Walaupun demikian, falsafah Confucius tidak mementingkan kajian terhadap topik-topik ilmiah alam, malah pengasasnya Confucius juga tidak mahu menjawab persoalan tentang apakah benar-benar terdapat dewa dan syaitan. Selepas falsafah Confucius ditetapkan oleh pemerintah sebagai falsafah yang dominan di China sejak 2000 tahun yang lalu, perkembangan falsafah materialisme pada zaman purba China telah tersekat. Hal ini menyebabkan ahli falsafah materialisme dan ateis yang terkenal semakin berkurangan bilangannya dalam sejarah purba China. Wang Chong merupakan salah seorang ahli falsafah meterialisme dan ateis yang terkenal dalam sejarah China.

Wang Chong, Ahli Falsafah Materialisme pada Zaman Purba China

Beliau dilahirkan pada kira-kira tahun 27 Masihi. Sejak kecil lagi beliau merupakan seorang yang sangat cerdik. Wang Chong dapat menghafal dengan lancar kitab-kitab falsafah yang susah difahami seperti "Lunyu" dan "Shangshu". Semasa berumur 15 tahun, beliau pergi ke bandar Luoyang, ibu negera China pada zaman itu untuk melanjutkan pengajian menelaah kitab-kitab falsafah Confucius secara sistematik.

Pada zaman itu, fahaman idealisme dan tahayul menempati kedudukan yang dominan. Orang ramai mempercayai bahawa maharaja dan golongan bangsawan diutuskan oleh Tuhan dan bertindak berdasarkan teori bahawa orang ramai mesti mematuhi maharaja dan berpekerti mulia. Teori tersebut telah digubal oleh golongan ahli falsafah Confucius yang berkhidmat kepada kaum pemerintah. Wang Chong telah menulis banyak artikel yang membantah teori itu.

Wang Chong, Ahli Falsafah Materialisme pada Zaman Purba China

Pemikiran Wang Chong meliputi dua bahagian utama. Bahagian pertama ialah fahaman alam materialisme. Walaupun Wang Chong masih tidak dapat menjelaskan pembentukan kosmos dan hukum operasinya, tetapi beliau dengan tegas menunjukkan bahawa kewujudan dan operasi langit dan bumi merupakan hukum objektif dan tidak bergantung kepada kesempurnaan manusia. Manusia seharusnya menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan alam. Pemikiran itu telah membelakangi pemikiran ortodoks yang menganggap bahawa kuasa maharaja adalah amat berkuasa dan telah melahirkan pengaruh yang besar dalam sejarah China.

Fahaman alam materialisme bukan baru diperkenalkan untuk permata kali oleh Wang Chong, tetapi telah diperkenalkan oleh ahli falsafah terkenal China seperti Laozi, Hangfeizi, Mozi dan Xunzi pada tempoh abad ke-6 hingga abad ke-4 sebelum Masihi. Wang Chong hanya mewarisi dan mengembangkan fahaman tersebut.

Wang Chong, Ahli Falsafah Materialisme pada Zaman Purba China

Bahagian kedua pemikiran Wang Chong ialah fahaman ateisme. Pada zaman itu, orang ramai mempercayai bahawa maharaja ialah anak cucu Tuhan. Maharaja mendominasi manusia berdasarkan arahan Tuhan dan bencana alam merupakan hukuman Tuhan terhadap manusia. Wang Chong telah membantah fahaman itu. Beliau berpendapat, bencana alam merupakan gejala alam dan bukan apa yang disebut hukum Tuhan terhadap manusia. Beliau juga turut menafikan kenyataan tentang orang akan berubah menjadi syaitan selepas meninggal dunia. Beliau menganggap, manusia mempunyai hakiki alam yang sama dengan binatang, binatang tidak dapat berubah menjadi syaitan setelah mati dan sama halnya juga dengan manusia yakni tidak akan berubah menjadi syaitan selepas meninggal dunia.

Wang Chong berusaha membuat penjelasan berdasarkan pendirian materialisme tentang perkembangan sejarah, perubahan moral, kekayaan dan kemiskinan masyarakat serta hidup dan mati, perbezaan kedudukan manusia dan lain-lain. Walaupun fahaman materialisme Wang Chong masih merupakan fahaman materialisme peringkat awal, tetapi fahamannya telah melahirkan pengaruh besar terhadap perkembangan fahaman ateisme dan materialisme dalam sejarah China.

Wang Chong telah menulis banyak buku, tetapi yang wujud pada masa sekarang hanyalah "Tentang Keseimbangan". Buku itu terdiri daripada 30 jilid dengan lebih 300 ribu perkataan China. Fahaman falsafah utama beliau termaktub dalam buku itu.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin