Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Li Bai Dan Du Fu, Penyair Tersohor pada Zaman Dinasti Tang China

2014-11-14 13:12:17

Li Bai Dan Du Fu, Penyair Tersohor pada Zaman Dinasti Tang China

Zaman Dinasti Tang yang bermula pada tahun 618 Masihi dan berakhir pada tahun 907 merupakan period penggubahan sajak mencapai perkembangan pesat. Li Bai dan Du Fu, penyair tersohor pada zaman itu telah memperoleh pencapaian tertinggi dalam penggubahan sajak menurut sejarah kesusasteraan China. Mereka bukan saja terkenal di China tetapi juga seantero dunia.

Li Bai dan Du Fu hidup dalam period yang makmur pada zaman Dinasti Tang, abad ke-8 Masihi. Li Bai lebih tua 11 tahun daripada Du Fu. Li Bai dilahirkan di sebuah bandar kecil di kawasan sempadan sebelah barat laut China, manakala Du Fu ialah cucu kepada Du Shenyan, seorang penyair yang terkenal. Pengalaman kehidupan Li Bai dan Du Fu semasa muda mempunyai persamaan. Semasa kanak-kanak, mereka tekun belajar dan membaca sejumlah besar buku. Mereka sama-sama mempunyai kepandaian dalam bidang-bidang kaligrafi, seni lukis, muzik, menunggang kuda dan main pedang. Semasa remaja, Li Bai dan Du Fu berminat untuk melancong ke pelbagai tempat. Kehidupan mereka dipenuhi suasana kasih sayang. Mereka telah menulis banyak sajak terkenal yang menggambarkan keindahan pemandangan alam di China.

Sama seperti semua pujangga pada zaman silam China, Li Bai dan Du Fu bercita-cita untuk menjadi pegawai kerajaan menerusi peperiksaan. Akan tetapi, kedua-dua orang tersebut tidak mencapai kejayaan dalam bidang ini. Bagaimanapun, mereka telah memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam penulisan sajak. Sebagai penyair tersohor, mereka mendapat penghormatan dan sanjungan yang tinggi oleh rakyat China.

Tabiat Li Bai dan Du Fu agak berbeza, sehubungan dengan itu, gaya sajak yang ditulis oleh mereka juga berlainan.

Li Bai merupakan seorang yang berwatak bebas dan bersahaja serta merupakan penyair romantik yang terunggul dalam sejarah kesusasteraan China. Beliau tidak mementingkan kuasa dan kekayaan. Beliau menulis sajak dengan gaya yang hebat dan daya imaginasi yang menakjubkan. Perkataan yang digunakan oleh beliau dalam sajaknya sungguh mengasyikkan dan bebas. Ramai orang terpesona oleh sajaknya.

Perjalanan di Sichuan, barat daya China adalah sangat sukar disebabkan terdapat banyak gunung yang tinggi di sana. Li Bai dalam sajaknya yang menyifatkan kesukaran perjalanan di Sichuan berbunyi seperti ini: "Berjalan di Sichuan adalah lebih sukar daripada naik ke langit." Salah satu sajak beliau yang lain menggambarkan tentang Sungai Kuning, sungai ibunda bangsa China yang berbunyi "Tak nampakkah anda Sungai Kuning mengalir deras dari langit dan bergulung-gulung terus ke laut".

Sebanyak lebih 900 buah sajak dan lebih 60 buah prosa yang ditulis oleh Li Bai masih wujud pada masa sekarang. Jarang terdapat penyair lain di China menulis sajak yang mempunyai kandungan yang sebegitu luas dengan bentuk yang sebegitu banyak seperti sajak Li Bai. Entah berapa banyakkah penyair terkenal China telah terpengaruh oleh beliau. Sajak Li Bai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa seperti Inggeris, Rusia, Jepun, Jerman dan lain-lain dan diperkenalkan ke pelbagai tempat di dunia. Sajak Li Bai edisi terjemahan bahasa Inggeris disifatkan "telah mempengaruhi penggubahan sajak di negara-negara yang bertutur bahasa Inggeris di dunia pada seluruh abad ke-20".

Berbeza dengan gaya yang bebas dan romantik sajak Li Bai, Du Fu lebih mementingkan penggambaran keadaan masyarakat dan kehidupan rakyat dalam sajaknya. Antara lebih 1400 buah sajak beliau yang dikekalkan sampai sekarang, kebanyakannya telah melukiskan kesengsaraan rakyat jelata dalam rusuhan dan peperangan.

Kegagalan dalam usaha untuk menjadi pegawai kerajaan dan kemiskinan kehidupan Du Fu menyebabkan beliau memahami keburukan puak pemerintah dan kesengsaraan rakyat, sehingga beliau telah menulis sajak yang sangat terkenal yang berbunyi: "Arak dan daging sudah lapuk di pekarangan orang kaya, tapi orang miskin mati kesejukan di tepi jalan." Selepas pondok yang ditinggal oleh keluarganya diruntuhkan oleh angin kencang, Du Fu telah menulis sajak yang menggambarkan keadaan sukar keluarganya dan melahirkan harapannya agar mendapat beribu-ribu buah rumah untuk disediakan kepada orang yang miskin malah mengorbankan dirinya sendiri bagi mewujudkan harapannya itu.

Sajak Du Fu bukan saja telah menggabungkan kejayaan sajak klasik China, tetapi juga telah membaharui sajak China baik dalam kandungan ataupun dalam bentuk dan telah melahirkan pengaruh besar kepada generasi selepasnya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin