Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Kang Youwei, Pembaru Politik pada Penghujung Zaman Dinasti Qing

2014-11-14 12:54:12

Kang Youwei, Pembaru Politik pada Penghujung Zaman Dinasti Qing

Kang Youwei dilahirkan pada tahun 1858. Beliau pernah menerima pendidikan tradisional China yang baik. Pada tahun 1879, beliau melawat ke Hong Kong. Di sana, beliau membaca beberapa banyak buku yang memperkenalkan keadaan di negara Barat. Ini menarik perhatiannya terhadap tamadun dan sistem politik di negara Barat. Tiga tahun kemudian, beliau melawat ke Shanghai untuk mencari lebih banyak buku tentang negara Barat. Setelah mengadakan penyelidikan, Kang Youwei berpendapat sistem pentadbiran negara Barat maju dan China perlu mencontohi pengalaman negara Barat untuk mengadakan pembaharuan politik. Selepas itu, beliau membuka kursus untuk mempromosikan pendiriannya dan juga menulis beberapa buku yang menjadi panduan teori pembaharuan politik di China.

Pada tahun 1895, Kang Youwei dan pelajarnya, Liang Qichao mengumpulkan 1300 orang sarjana menyerahkan surat kepada Maharaja Guangxu untuk memohon pelaksanaan pembaharuan politik. Ini menandakan beliau telah menjadi pemimpin daripada kampulan yang menganjurkan pembaharuan politik. Selepas itn, Kang Youwei pula beberapa kali menyerahkan surat kepada Maharaja untuk memohon supaya mencontohi pembaharuan politik di Jepun dan menubuhkan sistem politik raja berperlembagaan. Di samping mencari sokongan dari Maharaja, Kang Youwei juga menubuhkan badan pembaharuan dan menerbitkan majalah berkenaan untuk mendapat sokongan dari masyarakat.

Pada 11 Jun tahun 1898, Maharaja Guangxu menerima cadangan Kang Youwei dan memulakan pembaharuan politik. Beberapa tokoh penting dalam kumpulan yang menganjurkan pembaharuan juga dilantik sebagai pegawai kanan. Boleh dikatakan, semua dasar pembaharuan yang dikeluarkan oleh Maharaja dicadangan oleh Kang Youwei. Bagaimanapun, dengan pelaksanaan dasar pembaharuan, pertikaian kaum pembaharuan dengan kaum konservatif menjadi semakin keras. Pada 21 September tahun itu, Ibu Suri Cixi yang menentang pembaharuan politik telah mengadakan rampasan kuasa, Maharaja Guangxu ditahan di rumah, Kang Youwei dan Liang Qichao melarikan diri ke luar negara, manakala, enam pemimpin pembaharuan dibunuh. Pembaharuan poltik yang dipimpin oleh Kang Youwei hanya dilaksanakan selama 103 hari sahaja di China.


Setelah melarikan diri ke luar negara, Kang Youwei terus berusaha untuk mempromosikan cadangan politiknya. Bagaimanapun, Kang Youwei beransur-ansur berubah menjadi pemimpin kumpulan pendukung sistem pemerintahan beraja dan menentang revolusi. Pada 31 Mac tahun 1927, Kang Youwei meninggal dunia.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin