Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Tokoh Tersohor > Kandungan

Lu Xun, Pengasas Gerakan Sastera Baru

2014-11-14 12:52:04

Lu Xun, Pengasas Gerakan Sastera Baru

Lu Xun dilahirkan pada tahun 1881, ketika masih kecil, selain mempelajari pelbagai buku klasik ajaran Konfusius, beliau juga sangat berminat terhadap kesenian tradisional kalangan rakyat seperti opera dan mitos. Pada bulan April tahun 1902, Lu Xun mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun yang dibiayai oleh kerajaan Dinasti Qing.

Setelah tiba di Jepun, terlebih dahulu, beliau mempelajari ilmu perubatan. Bagaimanapun, beliau beransur-ansur mendapai bahawa penyakit orang China bukan pada jasmaninya, tetapi pada jiwanya. Oleh itu, beliau memulakan penciptaan sastera. Pilihan ini bukan sahaja mengubah hayat Lu Xun, juga mempengaruhi pembangunan kesesasteraan moden China.


Pada bulan Ogos tahun 1909, Lu Xun kembali ke China dan bekerja sebagai guru dalam sekolah di Provinsi Zhejiang, kampung halamannya. Selepas revolusi demokratik China, beliau juga menjawat jawatan dalam Kementerian Pendidikan Republik China atas undangan Menteri Cai Yuanpei. Pada tahun 1918, Lu Xun menerbitkan sebuah cerita "Diari Orang Gila" pada majalah "Belia Baru". Cerita ini merupakan cerita pertama dalam sejarah China yang ditulis dengan bahasa Mandarin moden dan merupakan asas gerakan sastera baru di China. Selepas itu, Lu Xun berturut-turut menerbitkan banyak cerita yang mengkritik kegelapan sosial feudal dan adat lama feudalisme.

 Pada awal tahun 1930, Lu Xun menganggotai "Persekutuan Gerakan Kebebasan China", kumpulan politik rahsia yang dipimpin oleh Parti Komunis China. Beliau juga menerbitkan "Cadangan tentang Persekutuan Penulis Sayap Kiri" dan menjadi pemimpin pertubuhan itu. Pada bulan Februari tahun 1931, lima orang anggota Persekutuan Penulis Sayap Kiri dibunuh oleh pengintip kerajaan Kuomintang kerana menyokong aktiviti Parti Komunis China. Dengan perasaan yang sangat sedih, Lu Xun menulis beberapa karangan yang mengutuk kekerasan pihak berkuasa Kuomintang dan terus berjuang untuk revolusi kesusasteraan moden China.

Pada 19 Oktober tahun 1936, Lu Xun meninggal dunia, puluhan ribuan orang ramai menyertai upacara pengebumian beliau. Wakil rakyat menutup sebuah bendera besar yang tertulis "jiwa bangsa China" ke atas kerandanya.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin