Lokasi Anda: Kebudayaan > Kraf Tangan

Kraf Tangan

Ikatan China

Ikatan China

2014-11-15 14:01November 21 2018 03:36:55

Ikatan China merupakan hiasan yang dibuat dengan tali yang dianyam. Ia bersama-sama seni hiasan kain dan sulaman merupakan tiga jenis kraf tangan yang paling penting di China. Ikatan China mempunyai sejarah yang lama dan kandungan budaya yang luas.

Patung Tanah Liat Huishan

Patung Tanah Liat Huishan

2014-11-15 13:57November 21 2018 03:36:55

Patung tanah liat Huishan diperbuat daripada tanah liat hitam yang terdapat kira-kira semeter di bawah permukaan tanah Gunung Huishan di Wuxi. Tanah liat jenis ini sangat halus dan bersesuai untuk dibentukkan menjadi patung.

Sutera

Sutera

2014-11-15 13:50November 21 2018 03:36:55

Sutera adalah sejenis benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat. Kain sutera ialah kain atau cita yang dibuat daripada benang sutera. Menurut kajian purba, China merupakan negara terawal yang menemui dan menggunakan sutera. Teknik penghasilan sutera muncul di China pada 5,500 tahun yang lalu, manakala sejarah pemeliharaan ulat sutera boleh disusuri pada abad ke-3 Sebelum Masihi.

Empat Jenis Sulaman Terkenal di China

Empat Jenis Sulaman Terkenal di China

2014-11-15 13:37November 21 2018 03:36:55

China merupakan negara yang paling awal menemui dan menggunakan benang sutera. Berdasarkan kajian sejarah, pada empat hingga lima ribu tahun yang lalu, orang China sudahpun memelihara ulat sutera untuk mendapat benang sutera lalu menenun kain sutera. Seiring dengan perkembangan industri sutera, orang China menyulam pada kain supaya baju dan hiasan lebih cantik.

Boneka

Boneka

2014-11-15 13:35November 21 2018 03:36:55

Seni persembahan boneka China telah mempunyai sejarah yang lama di China. Dalam penemuan arkeologi di Shandong pada tahun 1978, boneka yang diperbuat pada zaman Dinasti Han (202 S.M-220 M) yang boleh bergerak telah didapati. Beransur-ansur, muncul sejenis drama boneka untuk mempersembahkan cerita.

Wayang Kulit

Wayang Kulit

2014-11-15 13:29November 21 2018 03:36:55

Wayang kulit merupakan pementasan bayang patung yang dibuat daripada belulang. Terdapat pelbagai jenis wayang kulit, bergantung kepada tempat asal wayang kulit tersebut. Menurut catatan sejarah bertulis, wayang kulit berasal dari China, iaitu pada zaman Dinasti Han.

Liuli

Liuli

2014-11-15 13:26November 21 2018 03:36:55

Liuli atau dikenali glis ialah sejenis kristal buatan manusia di China. Kononya liuli ini dikeluarkan pada tahun 493 sebelum Masehi ketika Fan Li bertugas menempa keris untuk Raja Yue. Fan Li berpendapat bahan ini ialah inti sari dari langit dan bumi dan menyumbangkannya kepada raja. Raja menyanjung tinggi jasa Fan Li dan menganugerahkan bahan yang istimewa ini kepadanya dan menamakan bahan ini "li".

Kain Celup dengan Mengikat

Kain Celup dengan Mengikat

2014-11-15 13:23November 21 2018 03:36:55

Mencelup kain dengan cara mengikat sebahagian kain supaya bahagian ini tidak berwarna. Cara mencelup ini merupakan kesenian tradisi China yang telah mempunyai sejarah lama. Bahagian-bahagian yang tidak berwarna biasanya merupakan sejenis gambar seperti bunga dan lain-lain.

Tanglung dengan Gambar Yang Berputar-putar

Tanglung dengan Gambar Yang Berputar-putar

2014-11-02 13:16November 21 2018 03:36:55

Tanglung dengan gambar yang berputar-putar merupakan sejenis tanglung yang sering kelihatan pada hari raya tradisional China seperti Tahun Baru, Capgome, dan Pesta Kuih Bulan. Di tengah tanglung ini dinyala sebatang lilin, udara yang dipanaskan itu mengalir ke atas, dan mendorong paksi dalam tanglung berkitar. Di paksi itu tergantung kertas yang digunting serupa hulubalang pada purbakala yang sedang menunggang kuda. Bayangannya pada muka tanglung kelihatan seperti beberapa hulubalang yang menunggang kuda sedang saling mengejar.

Layang-layang

Layang-layang

2014-11-02 12:53November 21 2018 03:36:55

Layang-layang muncul pada zaman Musim Bunga dan Gugur China. Kononnya, Mozi pernah menyelidik dan membuat burung kayu selama tiga tahun. Burung yang dibuat dengan menggunakan kayu ini hanya berterbang sehari saja dan jatuh. Burung kayu yang dibuat oleh Mozi ini sudah bersejarah lebih 2400 tahun dan merupakan layang-layang terawal di dunia.

< 1 ...5 6 7 8 9

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin