Lokasi Anda: Kebudayaan > Kraf Tangan

Kraf Tangan

Gambar daripada Jerami Gandum

Gambar daripada Jerami Gandum

2015-03-11 11:19April 03 2020 13:02:06

Gambar daripada jerami gandum yang paling awal ini dihasilkan pada zaman Dinasti Sui dan Tang (581-907). Jerami gandum berkilat dan cantik, dan mudah dicarik. Seniman merekat carikan jerami gandum ini menjadi gambar tokoh, bunga, burung dan binatang.

Lukisan Keliling Kang

Lukisan Keliling Kang

2015-03-10 14:33April 03 2020 13:02:06

Kang ialah sejenis katil yang diperbuat dengan menggunakan batu bata. Api boleh dinyalakan di bawahnya katil ini panas. "Kang" ini digunakan secara meluas di kawasan desa di bahagian utara China yang cuacanya selalu sejuk. Lukisan pada dinding disekeliling "kang" ini biasanya tingginya anatara 80 hingga 100sm dan berfungsi mengelakkan selimut atau pakaian daripada menjadi kotor kerana bergesel dengan dinding. Gambar pada lukisan ini biasanya berupa "singa bermain dengan bola", "dua ekor naga bermain-main" dan seumpananya yang dianggap membawa makna bertuah, gembira dan cerita yang memberi iktibar kerana moral yang baik.

Lukisan dalam Botol

Lukisan dalam Botol

2015-03-10 14:20April 03 2020 13:02:06

Lukisan dalam botol merupakan sejenis kraf tangan tradisi China. Biasanya tukang yang mahir akan menggunakan berus yang sangat halus untuk melukiskan gambar di dalam botol yang dibuat daripada kaca, kristal atau ambar. Seni ini amat popular di kawasan Beijing, Shandong, Guangdong dan Hebei.

Ukiran Timbul Ou

Ukiran Timbul Ou

2015-03-10 14:17April 03 2020 13:02:06

Ukiran timbul Ou ialah sejenis ukiran timbul yang berwarna. Ia merupakan kraf tangan yang khusus dari kawasan Wenzhou, provinsi Zhejiang. Seni ini menggunakan tanah yang halus yang dicampur dengan minyak Tung sebagai bahan asasnya. Kebanyakan ukiran timbul Ou ini digunakan sebagai hiasan pada bangunan dan perabot. Seni ini dikatakan berasal dari zaman Dinasti Han, iaitu antara tahun 202 sebelum Masehi hingga 220 Masehi

Ukiran Batu Qingtian

Ukiran Batu Qingtian

2015-03-10 14:14April 03 2020 13:02:06

Ukiran batu Qingtian mempunyai sejarah yang lama. Menurut hasil penyelidikan arkeologi, ia berasal dari zaman dinasti Shang (1600-1046 Sebelum Masehi). Sejak abad ke-19, ukiran ini banyak kali memenangi hadiah dalam pelbagai pameran antarabangsa. Setelah tertubuhnya Republik Rakyat China, ukiran batu Qingtian in kerap kali dipilih sebagai cenderamata bagi pemimpin-pemimpin luar negara.

Ukiran Bata

Ukiran Bata

2015-03-10 14:09April 03 2020 13:02:06

Seni ukiran bata China telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat negara. Ia berasal daripada ukiran jubin pada zaman Dinasti Zhou Timur (770-256 Sebelum Masehi) dan bata bergambar pada zaman Dinasti Hang (202 Sebelum Masehi-220 Masehi). Bata yang diukir gambar pemandangan gunung dan air, bunga serta orang merupakan sejenis perhiasan yang penting yang digunakan dalam bangunan purbakala, terutamanya bangunan keagamaan dan rumah. Kini, ukiran bata ini sudah menjadi sejenis kraf tangan yang terkenal di China.

Ukiran pada Buluh

Ukiran pada Buluh

2015-03-10 14:06April 03 2020 13:02:06

China merupakan negara pertama yang menggunakan barangan yang dibuat daripada buluh. Oleh itu, ukiran buluh China juga mempunyai sejarah yang lama. Tukang ukir China suka mengukir pelbagai jenis gambar atau huruf pada buluh atau mengukir akar buluh untuk menjadikannya hiasan. Seni ukiran pada buluh ini menjadi popular pada zaman Dinasti Tang (618-907 Masehi). Hingga ke zaman Dinasti Ming dan Qing (1368-1911), teknik mengukir pada buluh ini telah berkembang begitu jauh dan akhirnya ukiran ini menjadi sejenis kraf tangan yang unik di China.

Ukiran Tulang

Ukiran Tulang

2015-03-10 14:02April 03 2020 13:02:06

Seni ini menggunakan tulang dari pelbagai jenis binatang sebagai bahan sumbernya dan ia diukir menjadi pelbagai bentuk objek sebagai suatu kraf tangan. Seni ini mempunyai sejarah yang lama. Pada tahun 1982, sebuah ukiran tulang berbentuk kepala manusia dijumpai dalam projek penggalian arkeologi di Sha'anxi, China. Menurut hasil kajiannya, ia sudah bersejarah lebih daripada 6 ribu tahun. Sekarang ini, ia dianggap bahan yang sangat bernilai agi bidang penyelidikan perkembangan seni ukiran tulang di China.

Tanglung dengan Gambar Yang Berputar-putar

Tanglung dengan Gambar Yang Berputar-putar

2015-01-08 16:27April 03 2020 13:02:06

Tanglung dengan gambar yang berputar-putar merupakan sejenis tanglung yang sering kelihatan pada hari raya tradisional C

Batu Tinta

Batu Tinta

2014-12-15 16:20April 03 2020 13:02:06

< 1 ...4 5 6 7 8 9

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin