Lokasi Anda: Kebudayaan > Kraf Tangan

Kraf Tangan

Tong Pa

Tong Pa

2015-03-11 11:57December 16 2019 18:08:58

Tong Pa merupakan sejenis beg gantung yang digunakan oleh etnik Dai, Yi, Hani, Jingpo dan pelbagai etnik minoriti yang lain di Provinsi Yunnan China. Antara semuanya Tong Pa yang dibuat oleh orang etnik Dai mempunyai sejarah yang paling lama. Tong Pa dibuat dengan kain broked etnik Dai yang ditenun daripada sutera dan dengan pelbagai corak. Bagi remaja etnik Dai, Tong Pa juga merupakan tandamata yang dihadiahkan untuk menyatakan rasa cinta. Sekarang ini, Tong Pa bukan sahaja digemari oleh penduduk di Yunnan, malah digemari oleh para pelancong dari dalam dan luar negara China. Ia menjadi sejenis cenderamata yang menarik bagi para pelancong.

Uncang Batu Api

Uncang Batu Api

2015-03-11 11:53December 16 2019 18:08:58

Uncang batu api merupakan kraf tangan tradisi etnik Lahu. Pada masa dahulu, uncang ini biasanya dibuat dengan kain yang ditenun oleh orang etnik Lahu sendiri. Bahagian luarnya dihias dengan gambar yang disulam atau ditampal dengan perca kain yang berwarna-warni. Pada mulut uncang ini diikat seutas tali. Uncang ini digunakan untuk membawa batu api atau barang-barang yang berharga. Ia digantung pada tali pinggang. Dalam kalangan remaja etnik Lahu, uncang batu api ini juga dipandang sebagai tanda cinta. Seorang jejaka pasti sangat menghargai uncang batu api yang dihadiahkan oleh seorang gadis.

Ikatan China

Ikatan China

2015-03-11 11:52December 16 2019 18:08:58

"Ikatan" merupakan hiasan yang dibuat dengan tali yang dianyam. Ia bersama-sama seni hiasan kain dan sulaman merupakan tiga jenis kraf tangan yang paling penting di China. Ikatan China mempunyai sejarah yang lama dan kandungan budaya yang luas. Menurut mitos China, manusia dibuat oleh dewi "Nuwa" dengan tali dan tanah liat. Ikatan China juga berupa naga dengan badannya yang berombak-ombak. Orang China setiasa merasakan diri mereka dari keturunan naga. Ikatan China juga menjadi simbol bertuah. Tali yang dianyam dan saling bertindan ini juga membawa makna bersatu padu, harmoni dan bertenaga. Sebagai sebahagian daripada warisan budaya tradisi China, ikatan China diturunkan dari generasi ke generasi hinggalah ke masa ini.

Lukisan Besi

Lukisan Besi

2015-03-11 11:47December 16 2019 18:08:58

Lukisan besi ialah kraf tangan yang sangat istimewa dari Wuhu, provinsi Anhui. Seni ini menggunakan kepingan besi dan dawai untuk membuat lukisan dengan cara menempa dan mengimpalnya. Lukisan besi ini dihasilkan dengan menggunakan teknik seni guntingan China, teknik ukiran dan teknik kraf tangan tradisi China yang lain. Gayanya seperti lukisan tradisi China yang banyak menggunakan kontras antara warna putih dengan warna hitam.

Sutera Tenuman

Sutera Tenuman

2015-03-11 11:37December 16 2019 18:08:58

Menenum sutera merupakan sejenis kraf tangan tradisi China. Ia berkait dengan pemeliharaan ulat sutera. Pada kira-kira empat hingga lima ribu tahun lalu, orang China sudah mula memelihara ulat sutera. Dengan menggunakan sutera, pengeluaran barang yang dibuat daripada sutera telah berkembang dengan pesat, dan menenum sutera sebagai sejenis kraf tangan juga menjadi popular. Catatan tentang sutera yang terawal muncul dalam buku sejarah China "Shang Shu" pada zaman Dinasti Zhou Barat (tahun 1046 hingga 256 sebelum Masihi. Hingga ke zaman Dinasti Ming(1368-1644 M.), menenumsutera telah menjadi sejenis kraf tangan yang sangat cemerlang, maka wujudlah empat jenis sutera tenuman yang paling terkenal di China, iaitu Sutera Suzhou, SuteraGuangdong, Sutera Hunan dan Sutera Sichuan.

Ukiran Karbon

Ukiran Karbon

2015-03-11 11:35December 16 2019 18:08:58

Ukiran karbon iaitu dengan mengambil karbon yang diaktifkan sebahgai bahan dan ditekan sehingga menjadi bentuk tertentu. Seterusnya ia diukir oleh tukang yang mahir dan diwarnakan.

Ukiran Kayu Kemuning

Ukiran Kayu Kemuning

2015-03-11 11:32December 16 2019 18:08:58

Ukiran ini menggunakan kayu kemuning yang sangat berharga di China sebagai bahan asasnya. Pada awal abad ke-20, ukiran kayu memuning ini telah mendapat penghargaan antarabangsa dalam Ekspo Dunia Pasifik-Banama dan menjadi sangat terkenal di seluruh dunia. Kayu kemuning agak keras dan tahan, juga bercahaya, kelihatan seperti gading. Jika disimpan, ukiran ini semakin lama kelihatan semakin cantik. Dengan menggunakan pelbagai teknik ukiran yang luar biasa, ukiran kayu kemuning telah menjadi sejenis kraf tangan yang sangat istimewa dan digemari oleh para pengumpul hasil seni di China.

Lukisan Abu

Lukisan Abu

2015-03-11 11:28December 16 2019 18:08:58

Lukisan abu merupakan sejenis lukisan tahun baru China yang popular di Kaunti Gaomi Provinsi Shandong. Ia mula wujud pada akhir Dinasti Ming (1368-1644). Tukang tempatan membakar batang pakok willow dan melukis draf dengan abunya. Selepas itu, mereka melapiskan kertas ke atas draf abu tersebut supaya draf itu disalin. Biasanya, sekeping draf abu dapat disalin untuk 5 kali. Seterusnya, tukang yang mahir akan memberikan warna kepada draf itu dan akhirnya sejenis minyak yang dicampur dengan alkohol dan damar akan disapu pada lukisan tersebut supaya bahagiannya yang penting kelihatan lebih terserlah.

Lukisan Kulit Telur

Lukisan Kulit Telur

2015-03-11 11:25December 16 2019 18:08:58

Lukisan kulit telur ini mulai popular di Jiangsu, Hunan dan Beijing pada zaman pentadbiran Maharaja Jiaqing dan Daoguang dalam zaman Dinasti Qing (1796-1850). Menurut tradisi di Suzhou, Provinsi Jiangsu, tukang kraf tangan tempatan akan mengerudi satu lubang kecil pada kulit telur itik untuk mengluarkan isinya, yakni putih dan kuning telur. Kemudian, dia akan melukis gambar ikan atau merekat kertas yang berwarna-warni pada kulit telur itu. Selepas itu, dia akan memasukkan kunang-kunang ke dalam kulit telur untuk dimain oleh kanak-kanak. Sejak tahun 1940-an, seni ini terus berkembang di Suzhou dan menjadi sejenis kraf tangan tradisi tempatan.

Lukisan Bulu Unggas

Lukisan Bulu Unggas

2015-03-11 11:23December 16 2019 18:08:58

Lukisan bulu unggas ini merupakan sejenis seni tradisi yang unik di China. Ia menggunakan bulu unggas sebagai bahan untuk mencipta gambaran seperti pemandangan, tokoh-tokoh terpilih, bunga, burung, ikan dan binatang, dan kelihatan sangat istimewa.

< 1 ...3 4 5 6 7 8 9

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin