Lokasi Anda: Kebudayaan > Kraf Tangan

Kraf Tangan

Ukiran Batu Bundar Sungai Kuning

Ukiran Batu Bundar Sungai Kuning

2015-03-11 13:34December 16 2019 18:21:43

Hakisan oleh aliran sungai Kuning telah menjadikan banyak batu bundar dan berwarna-warni di tebingnya. Tukang-tukang yang mahir mengukir jed di Provinsi Gansu memilih batu bundar yang boleh kelihatan di mana-mana sahaja di tebing Sungai Kuning ini sebagai bahan untuk diukir berdasarkan corak pada permukaan batu tersebut. Hasilnya menjadi sejenis kraf tangan yang sangat istimewa.

Lukisan Perak pada Kepingan Tembaga Hitam

Lukisan Perak pada Kepingan Tembaga Hitam

2015-03-11 13:32December 16 2019 18:21:43

Lukisan perak pada kepingan tembaga hitam merupakan sejenis kraf tangan yang berasal dari Shiping, provinsi Yunnan. Ia menggunakan kepingan tembaga sebagai asas. Tukang atau pelukis akan mengukir gambar pada kepingan tembaga ini , dan mengalirkan cecari perak mengikut garis ukiran itu. Apabila cecair perak itu beku, tukang akan mengilatkan seluruh permukaan kepingan tembaga ini

Tembikar Ungu Jianshui Yunnan

Tembikar Ungu Jianshui Yunnan

2015-03-11 13:30December 16 2019 18:21:43

Tembikar ungu dianggap salah satu daripada empat jenis tembikar yang paling terkenal di China. Ia merupakan kraf tangan tradisi di kaunti Jianshui Provinsi Yunnan dan mulai digemari oleh orang ramai pada penghujung era Dinasti Yuan dan awal era Dinasti Ming (kira-kira tahun 1400 Masehi).

Perhiasan Perak Etnik Miao

Perhiasan Perak Etnik Miao

2015-03-11 13:29December 16 2019 18:21:43

Perhiasan perak bagi wanita etnik Miao termasuk perhiasan di kepala, di leher, di dada, pada tangan serta perhiasan khusus untuk perayaan dan lain-lain. Semua perhiasan perak ini dibuat oleh tukang lelaki yang mahir.

Tembaga Bertompok

Tembaga Bertompok

2015-03-11 13:27December 16 2019 18:21:43

Tembaga Bertompok merupakan kraf tangan terkenal di Provinsi Yunnan dan telah mempunyai sejarah lebih 300 tahun. Barangan tembaga bertompok diacu dengan aloi yang sebahagian besar kandungannya ialah tembaga yang berkualiti tinggi. Setelah diproses dengan suatu kaedah yang rumit, permukaan tembaga ini akan kelihatan bertompok-tompok dan cantik, sangat unik.

Tali Pinggang Perak Etnik Dai

Tali Pinggang Perak Etnik Dai

2015-03-11 13:24December 16 2019 18:21:43

Keris Husa Etnik Achang

Keris Husa Etnik Achang

2015-03-11 13:22December 16 2019 18:21:43

Keris etnik Achang amat terkenal ini dibuat di kampung Husa Provinsi Yunnan. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai Keris Husa. Nenek moyang orang etnik Achang sudah mahir menuang besi sejak zaman Dinasti Tang (tahun 618-907). Pada tahun 1441 hingga 1449, ketika tentera Maharaja Dinasti Ming berperang dengan kerajaan etnik Dai, kebolehan penuangan besi etnik Han telah dibawa ke Husa. Penduduk etnik Achang di situ telah ditugaskan untuk menyediakan keris bagi tentera Dinasti Ming. Mulai saat itulah, Keris Husa menjadi sangat terkenal. Hingga ke masa ini, ia bukan sahaja menjadi sejenis perhiasan bagi oang etnik Achang, malah merupakan koleksi yang sangat berharga bagi pengumpul keris atau senjata tajam.

Ukiran Kayu Jianchuan

Ukiran Kayu Jianchuan

2015-03-11 12:07December 16 2019 18:21:43

Ukiran kayu ini dinamakan sedemikian kerana dikeluarkan dari Kaunti Jianchuan, Dali di Yunnan. orang etnik Bai di sini telah menyerap budaya dan teknik mengukir kayu dari pelbagai etnik lain dan lama kelamaan membentuk teknik mengukir kayu mereka sendiri yang istimewa. Ukiran kayu Jianchuan ini dulu kebanyakannya digunakan sebagai hiasan pada bangunan sahaja, namun, sekarang ia sudah menjadi hasil kraf tangan yang tinggi nilainya dari aspek seni. Lebih-lebih lagi pelbagai jenis perabot yang diukir dengan pelbagai corak yang cantik, seperti naga, cenderwasih, merak, dan pelbagai lukisan tradisi yang juga ditatah dengan marmar tempatan yang cantik, yang kini sudah menjadi sangat popular, bukan sahaja di seluruh negara, bahkan di seberang laut.

Batik Etnik Dai

Batik Etnik Dai

2015-03-11 12:01December 16 2019 18:21:43

Kepandaian membuat batik oleh orang etnik Dai ini diwarisi dari generasi ke generasi sejak sekian lama, dan ini membentuk ciri istimewa batik etnik ini. Batik ini biasanya dibuat daripada kain putih yang ditenun oleh orang etnik ini sendiri. Kemudian, mereka menyapu lilin daripada lebah pada kain itu supaya bahagian tersebut tidak menerap warna ketika proses mencetak berlangusng.

Anyaman Bilah Buluh

Anyaman Bilah Buluh

2015-03-11 11:59December 16 2019 18:21:43

Orang etnik Dai sangat pandai menganyam bilah buluh. Jika kita masuk ke rumah orang Dai, kita akan masuk ke dunia yang dianyam dengan bilah buluh. Dinding rumah daripada bilah buluh, tikar, kerusi, topi dan hampir semua barang kegunaan sehari-hari mereka dibuat daripada bilah buluh yang dianyam.

< 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin