Lokasi Anda: Kebudayaan > Kraf Tangan

Kraf Tangan

Tianzhu

Tianzhu

2015-03-12 13:49December 06 2019 13:57:48

Tianzhu atau "mutiara langit" merupakan sejenis batu permata yang kebanyakannya dijumpai di pergunungan Himalaya, terutamanya di Tibet. Orang Tibet berpendapat bahawa Tianzhu merupakan batu yang datang dari langit dan merupakan satu daripada tujuh jenis benda yang paling berharga di Tibet.

Ka Dian Tibet

Ka Dian Tibet

2015-03-12 13:48December 06 2019 13:57:48

Ka Dian bermakna permaidani kecil dalam bahasa Tibet. Ia bersama-sama permaidani Parsi dan permaidani Turki dianggap sebagai tiga jenis permaidani yang paling terkenal di dunia. Ka Dian yang dikeluarkan dari Jiangzi, Tibet menjadi terkenal lebih 600 tahun yang lalu. Hampir 80% penduduk di Jiangzi mahir menenun Ka Dian. Sekarang, Ka Dian juga laris dijual di Eropah, A.S., Jepun, selain di India dan Nepal.

Keris Tibet

Keris Tibet

2015-03-12 13:39December 06 2019 13:57:48

Keris Tibet telah mempunyai sejarah lebih 1600 tahun. Ia juga di gelar "Keris Zhele Ganbu". Menurut cerita, nama ini diberikan untuk memperingati seorang pahlawan Tibet, Zhele Ganbu. Kononnya, pada zaman purbakala, sebagai etnik penggembala, hampir setiap orang Tibet mempunyai keris sendiri. Namun, bangsawan berasa takut kalau-kalau hamba mereka akan melawan dan memberontak, lalu meminta semua penggembala menyerahkan keris mereka.

Sutera Aidelaisi

Sutera Aidelaisi

2015-03-12 13:36December 06 2019 13:57:48

Orang etnik Uygur di kawasan Kashgar dan Hotian sangat berpengalaman dalam bidang pemeliharaan ulat sutera, penghasilan benang sutera dan penyulaman. Kononnya, pada penghujung zaman Dinasti Yuan (abad ke-14), tukang dari kawasan Kashgar dan Hotian telah mempelajari teknik menenun dan mencelup sutera dari Asia Tengah.

Keris Yengisar

Keris Yengisar

2015-03-12 13:21December 06 2019 13:57:48

Keris Yengisar ialah kraf tangan tradisional etnik Uygur. Ia telah mempunyai sejarah lebih 300 tahun. Pemuda etnik Uygur dan Khazak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sangat suka membawa sebilah keris dalam kehidupan mereka sehari-hari, sama ada untuk memotong buah-buahan dan daging, atau hanya sebagai hiasan sahaja.

Botol Tembaga Abdul

Botol Tembaga Abdul

2015-03-12 13:17December 06 2019 13:57:48

Di Xinjiang terdapat dua jenis botol Abdul. Botol Abdul yang klasik rupanya agak kuno, tiada pemegang, lehernya agak panjang dan terdapat ukiran yang timbul dan tidak begitu rumit. Ukiran timbul merupakan hasil kerja yang paling sukar dalam proses membuat barang tembaga. Jadi, kebanyakan botol Abdul yang kelihatan di pasar-pasar adalah botol jenis lain yang mempunyai pemegang dan ukiran bunga yang agak rumit.

Buatan Kulit Pokok Birch

Buatan Kulit Pokok Birch

2015-03-12 13:15December 06 2019 13:57:48

Kraf tangan yang diperbuat daeipada kulit pokok birch berasal daripada barangan kegunaan sehari-hari buatan orang etnik Oroqen. Kawasan kediaman orang Oroqen di bahagian utara China diliputi oleh hutan birch. Kulit pokok birch lembut, ringan dan tidak telap air. Orang Oroqen menggunakan kulit pokok birch untuk membuat pelbagai jenis barangan yang digunakan sehari-hari. Sekarang, barangan daripada kulit pokok birch telah menjadi kraf tangan yang mempunyai ciri-ciri khas etnik Oroqen dan sangat digemari oleh para pelancong.

Labu Berukir

Labu Berukir

2015-03-11 14:04December 06 2019 13:57:48

Hampir setiap keluarga etnik Uygur mempunyai beberapa barangan yang diperbuat daripada labu. Labu digunakan oleh mereka untuk menyimpan air atau barang-barang yang lain. Orang etnik Uygur suka mengukir pelbagai objek pada labu, termasuk bunga dan nama sendiri.

Lukisan pada Kulit Lembu

Lukisan pada Kulit Lembu

2015-03-11 13:45December 06 2019 13:57:48

Lukisan pada kulit lembu merupakan sejenis seni lukisan etnik Mongol yang sangat istimewa. Untuk menghasilkan ukiran ini, mula-mula pelukis akan mengukir garis kasar gambar pada kulit lembu. Kemudian, ia diproses dengan memberikan warna, dan digilap, lalu ditekan lukisan ini menjadi hasil kraf tangan yang penuh dengan ciri-ciri padang rumput Monggolia. Seni ini berasal daripada kehidupan penggembala etnik Mongol pada zaman purbakala lagi.

Anak Patung Harimau daripada Kain

Anak Patung Harimau daripada Kain

2015-03-11 13:43December 06 2019 13:57:48

Anak patung harimau yang dibuat dengan kainamat popular dalam kalangan orang China pada zaman purbakala, dan merupakan permainan yang dihasilkan oleh wanita untuk anak-anak dalam keluarga mereka. Menurut pandangan orang China, harimau merupakan sejenis binatang yang bertuah yang boleh melindungi orang daripada pelbagai kemalangan.

< 1 ...3 4 5 6 7 ...9

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin