Lokasi Anda: Laman Utama > Kebudayaan > Kraf Tangan > Kandungan

Lukisan Tahun Baru

2015-05-07 11:29:01

Lukisan Tahun Baru

Seperti yang diketahui umum, Tahun Baru China merupakan perayaan tradisional yang disambut paling meriah oleh orang China. Menjelang tahun baru, pintu rumah setiap keluarga orang China akan dihiasi dengan skrol tulisan kaligrafi berpuisi yang berwarna merah. Puisi yang ditulis atas skrol itu semuanya puisi untuk mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ahli keluarga. Warna yang merah itu sendiri jelas memeriahkan lagi suasana merayakan tahun baru. Selain skrol tahun baru, lukisan tahun baru dan seni guntingan kertas turut menjadi hiasan yang popular digunakan oleh orang China untuk menghiaskan rumah sempena Tahun Baru.

Lukisan Tahun Baru

Lukisan tahun baru juga dikenali sebagai cetakan blok kayu untuk sambutan tahun baru di China. Pada zaman purba, lukisan itu dilekat pada pintu rumah orang sebagai hiasan sambutan tahun baru. Seperti skrol tulisan kaligrafi yang saya sebut tadi, lukisan tahun baru juga mempunyai sejarah lama di China. Pada zaman purba, seniman China melukis imej dewa yang menjaga keselamatan keluarga dalam cerita dongeng di atas kertas dan melekatkannya pada pintu atau dinding rumah untuk menghalau hantu. Zaman berubah, ekoran penciptaan teknik percetakan blok kayu pada Dinasti Tang, jumlah penghasilan cetakan lukisan itu banyak meningkat dan tema seni itu pun berbagai-bagai.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin