Taktik Ke-12: Mencuri Kambing Sepintas Lalu

   

Secara harafiah, taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu" bermaksud mengambil kambing orang lain secara sepintas lalu tanpa kebenaran pemilik. Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: secara tidak sengaja, bukan dirancang mendapat sesuatu keuntungan yang biasanya memerlukan kos yang tinggi untuk memperolehnya.

Dalam kebanyakan keadaan, taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu" bersifat menghina. Dalam bidang ketenteraan, taktik itu bermaksud mencapai kemenangan yang di luar sangkaan. Berikutnya, saya akan menceritakan satu contoh yang berjaya menggunakan taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu" dalam Perang Dunia II.

Sebelum Perang Dunia II, pemimpin fasis Itali, Mussolini sentiasa bercita-cita untuk membina semula Empayar Rom supaya keagungan dan kegemilangan empayar itu dapat dipulihkan dan sekali lagi menjadikan Laut Mediterranean sebagai tasik kepunyaan orang Itali.

Setelah Perang Dunia II meletus, Mussolini kira sudah tiba masanya untuk bertindak bagi merealisasikan impiannya. Namun, dia telah menyedari bahawa Britain yang mempunyai keunggulan di rantau Laut Mediterranean adalah sukar dikalahkan dengan kekuatan Itali sendiri. Jadi, dia terpaksa mengalihkan sasarannya kepada negara-negara kecil di pesisir pantai Laut Mediterranean bagi memulakan peluasannya di rantau tersebut. Justeru itu, sasaran pertamanya ialah Greece. Mossolini menganggap bahawa Greece merupakan sebuah negara kecil yang lemah daya pertahanan. Maka, dia telah memberi arahan untuk melancarkan serangan terhadap Greece dengan tarikh akhir.

Pada 28 hb Oktober 1940, atas arahan Mossolini, Duta Besar Itali ke Greece telah menyampaikan satu nota kepada Perdana Menteri Greece yang menuntut Greece menyediakan pusat penempatan tetap untuk tentera Itali supaya Greece dapat mengekalkan kedudukan berkecuali. Perdana Menteri Greece telah menolak nota itu dan mengarahkan rakyatnya supaya bersiap sedia untuk membela tanah air daripada serangan tentera Itali.

Walaupun Pegawai Turus tentera Itali berpendapat bahawa tentera mereka tidak mungkin dapat mengalahkan Greece dalam masa yang pendek, akan tetapi, Mussolini juga telah mengarahkan tenteranya melancarkan serangan terhadap Greece.

Seperti yang dijangkakan bahawa sebahagian pasukan Itali yang dahulu melancarkan serangan telah mengalami serangan balasan yang hebat daripada tentera Greece. Melalui pertempuran yang sengit selama beberapa hari, tentera Itali bukan sahaja tidak mencapai kemenangan, tetapi juga telah mengalami kecederaan yang teruk.

Satu minggu kemudian, pasukan tambahan Greece juga telah berkejar ke medan pertempuran itu. Setelah mengkaji dan menilai situasi, tentera Itali terpaksa telah menarik balik ke kubu pertempuran asalnya.

Justeru itu, tentera Greece telah mengambil kesempatan itu untuk menghapuskan kekuatan tentera Itali dan berjaya menduduki kawasan strategik di balakang Itali.

Untuk mengelakkan daripada keadaan tentera Itali dikepung serta kekalahan yang lebih teruk, Mossolini terpaksa meminta bantuan daripada pemimpin nazi Jerman ketika itu, Adolf Hitler.

Dengan adanya bantuan daripada pihak Jerman, Mossolini baru dapat memeliharakan kekuatan tenteranya.

Sementara itu, dalam misi membantu tentera Itali, tentera Jerman telah menduduki wilayah Greece secara sepintas lalu. Orang Jerman telah mengambil "kambing" yang sangat diingini oleh orang Itali iaitu wilayah Greece

Dalam penggunaan praktikal taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu", kuncinya ialah kita dikehendaki mengetahui kelemahan pihak musuh yang susah dikesan dalam pergerakan dan menggunakan kelemahan itu dengan baik-baik untuk mencapai kemenangan yang lebih besar.


Dalam penggunaan bahasa China kini, taktik "Mencuri Kambing Sepintas Lalu" kadangkala juga bermaksud, dalam proses penyelesaian satu masalah yang besar, secara sepintas lalu, satu masalah kecil turut diselesaikan sekali gus tanpa bersusah payah. Maksud itu telah berubah daripada maksud asal taktik tersebut.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin