Taktik ke-26: Tunjuk kepada Pokok Mulberi, Tetapi Bermaksud Mengutuk Pokok Lokus

   

"36 Taktik Peperangan" merupakan sebuah buku klasik yang mengandungi 36 taktik peperangan yang bukan sahaja digunakan pada zaman purba malah diwarisi hingga ke zaman ini di China. Pada masa ini, "36 Taktik Peperangan" telah disesuaikan untuk strategi dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah politik, diplomasi, ilmu-ilmu pengurusan, perdagangan dan lain-lain.

Dalam "36 Taktik Peperangan" tidak banyak bahagian yang menjelaskan tentang teori peperangan, sebaliknya lebih tertumpu kepada penggunaan praktikal strategi peperangan. Setiap taktik, mempunyai tujuan yang jelas dan bersifat praktikal.

Salah satu strategi dalam 36 taktik peperangan itu ialah "Menunjuk kepada pokok mulberi, tetapi mengutuk pokok lokus".


Daripada judul taktik tersebut, sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan, iaitu mencela pihak A, tetapi dengan maksud memberikan ancaman kepada pihak B. Pribahasa itu juga mempunyai banyak sinonim dalam bahasa Mandarin, contohnya "menunjuk ayam, tetapi berniat mengutuk anjing". Taktik itu pada mulanya adalah kaedah untuk memberikan cadangan kepada jeneral tentang cara untuk mentadbir askarnya dalam peperangan. Menurutnya, untuk mewujudkan disiplin yang ketat, jeneral hanya perlu menghukum kes yang tipikal dengan berat, dan tindakan itu boleh memberikan pengajaran yang berkesan kepada askar yang lain. Sekarang, pribahasa itu dianggap sebagai satu kaedah diplomasi dalam komunikasi antara orang moden. Seseorang itu tidak perlu menyebut nama orang yang dimaksudkannya, cukup hanya dengan menyebut kes orang lain dengan tujuan memberi ancaman kepada orang itu; tidak mengadakan dialog langsung dengan seseorang itu, tetapi menceritakan hal-hal yang lain dengan sengaja dan mempunyai maksud tertentu di belakangnya.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin