Taktik ke-28: Alihkan Tangga ketika Musuh Berada di Atas

   

Pada akhir zaman Dinasti Han Timur (tahun 25 - 220), Gabenor Jingzhou, Liu Biao mempunyai dua orang anak lelaki dengan bekas isterinya, iaitu yang sulung, Liu Qi, dan yang bongsu, Liu Cong. Liu Biao yang begitu menyayangi isteri baharunya yang berasal dari keluarga Cai, lebih menyayangi anak bongsunya, Liu Cong yang mengahwini anak saudara isterinya itu.

Walaupun Liu Cong dapat memenangi hati ayahnya, tetapi menurut undang-undang, dia tidak boleh dipilih menjadi pengganti. Isteri baharu Liu Biao yang mahu Liu Cong dilantik sebagai pengganti, berasa iri hati terhadap Liu Qi.

Kebencian ibu tiri dan sikap tidak peduli ayahnya  amat mengecewakan Liu Qi dan membuatkan dia bukan sahaja rasa tersisih dalam keluarga itu malah membahayakan dirinya. Qi berasa terseksa dan hendak meminta pertolongan daripada Zhuge Liang, seorang tokoh politk yang berfikiran jauh, bijak dan tajam. Liu Qi beberapa kali memohon nasihat daripada Zhuge Liang namun ditolak.

Pada suatu hari, Liu Qi mempelawa Zhuge Liang makan bersama-sama  di sebuah restoran dua tingkat. Selepas Liang sampai di tingkat atas, Qi meminta pelayan supaya mengalihkan tangga. Dengan demikian, Liang tidak boleh turun. Qi merebut kesempatan ini untuk meminta pertolongan. Liang yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa akur kepada permintaan pemuda itu.

Demikianlah asal usul taktik “alihkan tangga ketika musuh telah sampai di atas”.

Liu Qi memperdaya Zhuge Liang ke tingkat atas sebagai usaha untuk mendapatkan bantuan. Perbuatan mengalihkan tangga adalah untuk menghalang Liang melarikan diri.

Dalam bidang ketenteraan, musuh perlu dipikat dengan umpan dan tipu muslihat terlebih dahulu, sebelum hubungan mereka dengan luar diputuskan manakala laluan disekat agar mereka tidak dapat melarikan diri. Apabila mereka berada di bawah kawalan anda, akhir sekali tumpukan kekuatan anda untuk memusnahkan mereka.


Oleh sebab musuh tidak mudah termakan tipu muslihat  dan godaan, anda perlu meletakkan “tangga” terlebih dahulu, yakni sengaja memberikan mereka kemudahan. Apabila musuh sudah “berada di atas”, anda boleh alihkan "tangga” dan musnahkan musuh.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin