Taktik ke-29: Pokok Berbunga

   

Dalam 36 Taktik Peperangan pada zaman purba China, "Pokok Berbunga" bermaksud meletakkan bunga palsu pada pokok yang tidak berbunga untuk mengelirukan orang lain. Dengan kata lain, tentera yang jumlahnya tidak banyak atau lemah boleh mempergunakan kekuatan tentera sahabatnya atau sesuatu faktor untuk mencipta kekeliruan bagi musuh.

Pada Zaman Kerajaan Tiga Negeri, Zhang Fei merupakan seorang jeneral kanan dari Negeri Shu.

Pada tahun 208, Pentadbir Negeri Wei, Cao Cao mengetuai tenteranya menyerang Jinzhou yang diduduki Pentadbir Negeri Shu, Liu Bei. Pada masa itu, tentera Liu Bei tidak banyak maka terpaksa berundur dari Jinzhou bersama-sama dengan penduduk tempatan.

Cao Cao pun menghantar pasukan tenteranya untuk mengejar tentera Liu Bei. Memandangkan situasi cemas itu, Liu Bei mengarahkan Zhang Fei mengetuai lebih kurang 30 orang askar berkuda untuk menghalang serangan pasukan tentera Cao Cao supaya menjamin pengunduran tentera dan penduduk Negeri Shu.

Jumlah askar yang diketuai Zhang Fei amat kurang berbanding dengan pasukan tentera Cao Cao, maka Zhang Fei pun mengarahkan askar-askarnya bersembunyi di dalam satu hutan yang akan dilalui oleh tentera musuh. Askar-askar tersebut disuruh mengikatkan ranting-ranting pokok pada ekor kuda. Lalu, mereka memacu kuda berulang-alik di dalam hutan itu sehingga debu berterbangan. Zhang Fei pula berkuda dan mengawal di sebuah jambatan di depan hutan tersebut.

Ketika pasukan tentera Cao Cao tiba, mereka melihat Zhang Fei seorang mengawal di jambatan dan debu berterbangan dalam hutan di belakang jambatan itu, mereka menganggap ada ramai askar ditempatkan dalam hutan maka tidak berani menyerang. Zhang Fei malah mencabar mereka untuk bertempur, maka pasukan tentera Cao Cao pun berundur dari sana. Selepas itu, Zhang Fei memusnahkan jambatan tersebut dan berundur dengan selamat.


Inilah cerita terkenal tentang Taktik Peperangan "Pokok Berbunga".

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin