Taktik ke-35: Taktik Rantai

   

"Taktik Rantai" ialah beberapa taktik yang berkait erat. Taktik ini bermaksud, jika pihak lawan amat kuat, sedangkan kekuatan sendiri tidak seimbang dengan kekuatan pihak lawan, maka kita patut menggunakan taktik supaya pihak lawan menghabiskan tenaganya sehingga dapat dikalahkan. Oleh itu, kita akan menggunakan sekurang-kurangnya 2 taktik. Pertama, membuat musuh sibuk mengendalikan dirinya sendiri. Kedua, menyerang musuh. Kalau kedua-dua taktik itu dapat dikaitkan dengan baik, kita akan memperoleh kemenangan.

Pada awal abad ke-3, negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu menjadi 3 negeri yang paling kuat di China. Negeri Wei di utara yang diperintah oleh Cao Cao yang paling kuat itu hendak menakluk negeri Wu di tenggara dan negeri Shu di barat daya. Cao Cao mengetuai pasukannya dengan tentera sebanyak 800 ribu orang menyerang negeri Wu di selatan Sungai Yangtze. Negeri Wu terpaksa bersekutu dengan negeri Shu, dan bertentang dengan pasukan Wei di selatan Sungai Yangtze.

Askar pasukan Wei kebanyakannya dari bahagian utara dan tidak pandai berperang dalam air. Oleh itu, Cao Cao mengerahkan Cai Mao dan Zhang Yun yang pernah menjadi jeneral pasukan air tentera Wu. Penasihat Cao Cao, Jiang Gan pernah menjadi rakan sekelas seorang ketua pasukan Wu, Zhou Yu. Maka, Cao Cao mengutuskan Jiang Gan untuk memujuk Zhou Yu supaya belot. Pada ketika itu, Zhou Yu sedang memikirkan pelan untuk bertentang dengan tentera negeri Wei.

Dalam jamuan menyambut Jiang Gan, jeneral pasukan Wu, Huang Gai berpura-pura memarahi Zhou Yu, lalu Zhou Yu menghukum Huang Gai dengan keras. Maka, Jiang Gan terpedaya, lalu memujuk Huang Gai supaya tunduk. Zhou Yu juga menipu Jiang Gan dengan mengatakan bahawa Cai Mao dan Zhang Yun ialah perisiknya.

Jiang Gan menyampaikan maklumat tersebut kepada Cao Cao. Cao Cao marah sekali dan segera membunuh Cai Mao dan Zhang Yun. Tapi, beliau sudah kehilangan dua orang tenaga utama untuk melatih pasukannya tentang perang air. Semasa itu, penasihatnya yang terkenal Pang Tong mencadangkan supaya menyambung semua kapal agar kapal-kapal tersebut tidak bergoyang lagi. Cao Cao menerima nasihat itu.

Pada waktu itu, Huang Gai, Jeneral Negeri memaklumkan kepada Cao Cao bahawa dia sangat benci kepada Zhou Yu, dan bersedia menyerah diri. Dia akan membawa askar dan bahan keperluan kepada Cao Cao.

Jadi, pada suatu hari, Huang Gai membawa 10 buah kapal yang memuat kayu kering yang direnjis dengan minyak dan dilitupi kain. Cao Cao menyangka Huang Gai datang untuk menyerah diri, maka dia langsung tidak bersedia. Sewaktu kapal Huang Gai sampai hampir dengan kapal Cao Cao, Huang Gai terus membakar kayu dlaam kapalnya dan kapal yang terbakar itu terus melanggar kapal pasukan Cao Cao. Dan kapal pasukan Cao Cao yang saling bersambung itu semuanya ranap terbakar, dan Cao Cao terpaksa melarikan diri dari kapalnya. Cao Cao menyedari muslihat itu dan berasa sangat kesal.


Sebenarnya, Cao Cao ialah jeneral yang banyak pengalaman. Jika Zhou Yu hanya menggunakan satu taktik sahaja, pasti ia tidak dapat mengalahkan Cao Cao. Tetapi, dia menggunakan taktik rantai, dan akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Cao Cao.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin