Hujan Biji-bijian

   

Dalam kalendar "24 Musim", selepas "Qing Ming" yang jatuh pada 10 hari pertama bulan April, datanglah pula hari "hujan biji-bijian" yang jatuh pada 10 hari terakhir bulan April. "Hujan biji-bijian" bagi tahun ini telah jatuh pada 20 April.

Terdapat satu bidalan yang berbunyi "tanaman biji-bijian terhasil daripada air hujan". Selepas "hujan biji-bijian" berlalu, jumlah hujan akan semakin meningkat dan menjadi mencukupi, maka tumbuhan yang baru ditanam di ladang akan tumbuh dengan baik.

Walau bagaimanapun, dalam penggal "hujan biji-bijian", perubahan suhu udara sehari akan menjadi paling ketara pada sepanjang tahun. Bagi peladang teh di selatan China, "hujan biji-bijian" juga merupakan satu-satunya hari yang sangat penting. Ini kerana dipercayai bahawa kerja memetik daun teh mesti diselesaikan sebelum hari"hujan biji-bijian".

Diketahui umum bahawa China merupakan negara pengeluar teh yang terbesar di dunia. Di China, teh hijau diproses daripada daun teh yang dipetik sebelum hari "hujan biji-bijian" merupakan keluaran yang paling mendapat sambutan. Air teh yang berzat tersebut mempunyai pelbagai jenis vitamin dan asid amino yang diperlukan oleh badan kita. Anda mungkin akan merasa pahit pada mula-mula meminum air teh hijau itu, tapi kemudiannya, anda akan merasai bau harum dan wanginya yang seolah-olah sampai ke sanubari hati. Teh yang diproses daripada daun teh yang dipetik selepas hari "hujan biji-bijian", jumlah pengeluarannya paling besar pada sepanjang tahun dan harganya juga paling murah di pasaran.


Masa di sekitar hari "hujan biji-bijian" juga merupakan musim yang terbaik bagi menikmati keindahan bunga peoni. Bunga peoni melambangkan kekayaan, kemuliaan dan kesejahteraan di China.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin