Mang Zhong

   

Hari "Mang Zhong" merupakan penggal ke-9 dalam Kalendar "24 Musim". Hari pertama penggal itu iaitu hari "Mang Zhong" yang jatuh pada 5 hb, 6 hb atau 7 hb bulan Jun setiap tahun. Hari "Mang Zhong" bagi tahun ini akan jatuh pada 5 Jun.

Dalam perkara ini, "Mang" bermaksud musim tuaian bagi tanaman yang mempunyai jejanggut seperti gandum. "Zhong" pula bermaksud musim penanaman bagi tumbuhan biji-bijian. Jadi, ketibaan hari "Mang Zhong" menandakan tanaman yang dituai pada musim panas seperti gandum sudah masak dan kerja persiapan perlu dibuat untuk menanam tanaman yang dituai pada musim gugur.

Di kebanyakan kawasan di China, terutamanya di bahagian utara, sebaik sahaja tibanya hari "Mang Zhong", tanaman yang masak pada musim panas sudah sampai masanya untuk dituai. Serentak dengan itu, para petani juga perlu menanam tanaman musim panas untuk dituai pada musim gugur di samping menjaga tanaman yang ditanam pada musim bunga seperti jagung. Oleh yang sedemikian, "Mang Zhong" merupakan musim yang paling sibuk bagi petani.

Di China, terdapat bidalan tentang hari "Mang Zhong" yang berbunyi: "menuai gandum seperti menyelamatkan kebakaran, kerja penuaian mesti diselesaikan dengan secepat mungkin". Ini menggambarkan betapa sibuknya setelah ketibaan hari "Mang Zhong".

Selain itu, terdapat juga satu bidalan yang berbunyi: "kerja penanaman pada musim bunga mesti mengejar masa setiap hari dan masa setiap jam juga harus dihitung dalam kerja penanaman pada musim panas. Biasanya, kerja penanaman tanaman musim panas harus dibuat dengan secepat mungkin setelah kerja penuaian tersebut selesai untuk memastikan tanaman yang akan masak pada musim gugur mendapat tempoh pertumbuhan sepenuhnya. Jika tidak, jumlah hasil tanaman tersebut seperti kacang soya, jagung dan ubi keledek akan terjejas akibat kekurangan tempoh pertumbuhan.

Di China, disebabkan wilayahnya yang begitu luas, cuaca di utara dan selatan China adalah berbeza-beza. Pada sekitar hari "Mang Zhong", bahagian selatan China telah memasuki musim hujan yang biasanya selama sebulan. Oleh sebab buah plum juga masak pada masa itu, jadi tempoh yang selalu turun hujan itu juga dikenali sebagai musim "hujan plum" di selatan China. Pada musim "hujan plum", jumlah penurunan hujan akan meningkat, sinaran matahari akan berkurang dan su

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin