Solstis Musim Sejuk

   

Kalendar 24 Musim merupakan satu sistem yang membahagikan masa setahun kepada 24 penggal yang panjangnya hampir sama dan perubahan iklimnya tidak besar.

Solstis Musim Sejuk merupakan salah satu penggal yang agak penting dalam Kalendar 24 Musim yang turut menjadi perayaan tradisional Cina.

Pada 2,500 tahun yang lalu, warga China mengukur matahari untuk menetapkan penggal ini. Oleh itu, Solstis Musim Sejuk merupakan penggal pertama yang ditetapkan dalam Kalendar 24 Musim.

Solstis Musim Sejuk jatuh pada 22 hingga 23 haribulan Disember setiap tahun. Penggal itu merupakan hari yang siangnya paling pendek dan malamnya paling panjang dalam satu tahun di hemisfera utara. Menurut adat resam di China, sempena hari Solstis Musim Sejuk, penduduk di kawasan utara China biasanya makan kuih ladu, manakala penduduk yang tinggal di kawasan selatan China suka makan ladu sup.

Menurut Kalendar Cina, "9 hari ketiga” berikutnya Solstis Musim Sejuk, iaitu hari ke-19 hingga hari ke-27 selepas Solstis Musim Sejuk merupakan masa yang paling sejuk dalam setiap tahun.

Sains astronomi menjadikan penggal Solstis Musim Sejuk sebagai bermulanya musim sejuk. Namun ia memang lewat bagi kebanyakan tempat di China. Semasa Solstis Musim Sejuk, suhu udara di dataran tinggi di sebelah barat daya China di bawah paras sifar, manakala suhu udara di selatan China juga hanya mencatat 6 hingga 8.

Pada zaman purba China, iaitu pada zaman Dinasti Shang (tahun 1600 SM - 1100 SM) dan Dinasti Zhou (tahun 1100 SM - 256 SM), hari sebelum penggal Solstis Musim Sejuk ditetapkan sebagai hari terakhir setahun, oleh itu, Solstis Musim Sejuk sebenarnya menjadi perayaan tahun baharu.

Pada zaman Dinasti Zhou, November dianggap sebagai bulan pertama dalam setahun, penduduk China merayakan penggal Solstis Musim Sejuk untuk menyambut ketibaan tahun baharu. Selepas itu, penduduk China mengadakan upacara sembahyang kepada dewa-dewa atau nenek moyang, atau mengadakan majlis makan bersama-sama kaum kerabat pada penggal Solstis Musim Sejuk. Boleh dikatakan, Solstis Musim Sejuk merupakan penggal yang agak penting bagi warga China.

Pada zaman Dinasti Tang (tahun 618-907) dan Dinasti Song (tahun 960-1279), maharaja mengadakan upacara sembahyang untuk langit semasa Solstis Musim Sejuk. Orang awam pula mengadakan sembahyang kepada ibu bapa atau nenek moyang.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin