Hari Qingming

   

Selepas berlalunya hari Qingming, jumlah hujan akan meningkat. Ini merupakan syarat yang baik bagi aktiviti penanaman pada musim bunga.

Dalam budaya tradisional China, menziarahi dan membersihkan kubur orang tersayang merupakan aktiviti yang paling penting pada hari Qingming. Adat resam itu bukan sahaja diamalkan oleh etnik Han, tetapi juga oleh beberapa etnik minoriti yang lain. Ia telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda China.

Pada hari Qingming, orang ramai akan menziarahi perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalankan upacara penyembahan orang tersayang yang meninggal dunia.

Data-data meteorologi menunjukkan bahawa kebanyakan kawasan di China biasanya mengalami hari mendung atau hari hujan pada hari Qingming. Suasana ini akan menyebabkan bertambahnya rasa sedih dan rasa rindu orang ramai terhadap ahli keluarga yang sudah meninggal.

Hingga hari ini, orang China masih mengamalkan adat resam yang diwarisi secara turun-temurun ini. Oleh sebab China mengamalkan peraturan pembakaran mayat, maka orang ramai biasanya hanya meletakkan bunga-bungaan di depan jirat kaum keluarga pada hari Qingming.


Walau bagaimanapun, hari Qingming bukanlah hanya dikaitkan dengan kesedihan, tapi juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang kembali menghijau iaitu tibanya masa orang ramai keluar untuk menikmati keindahan musim bunga.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin