Hari Chongyang

   

Setibanya di kampung halaman pada pagi 9 hb bulan 9, Heng Jing bertindak seperti apa yang dipesan oleh sang dewa untuk memimpin penduduk bersembunyi ke sebuah gunung. Ia lantas memberikan sebuah daun bunga Zhuyu dan secangkir arak bunga serunai kepada setiap orang. Kira-kira pada siang hari, setan wabah muncul. Setan wabah segera mencari-cari korban. Begitu ia tiba di kaki gunung, setan wabah tiba-tiba mencium bau dari daun-daun bunga Zhuyu dan arak bunga serunai. Si setan wabah langsung menghentikan langkahnya, dan tampak agak ketakutan. Pada saat itu, Heng Jing yang memegang pedang sakti lari dari atas gunung mengejarnya. Dengan beberapa putaran ia berhasil membunuh si setan wabah.

Sejak itulah di China terpelihara adat istiadat merayakan hari Chongyang pada 9 hb bulan 9 dengan mendaki gunung untuk menangkal malapetaka. Sekarang pada Hari Chongyang, seluruh orang China beradat berkumpul sekeluarga untuk bertamasya, khususnya mendaki gunung serta memelihara bunga serunai, memakai lingkungan dengan daun bunga Zhuyu, makan Kuih Chongyang, dan minum arak.

9 haribulan, bulan kesembilan membawa maksud panjang umur dan sihat. Sehubungan itu, orang China selalu mengadakan upacara untuk menyatakan penghormatan kepada nenek moyang dan mengadakan aktiviti untuk menujukkan rasa hormat kepada warga emas pada hari tersebut.

Sejak tahun 1980-an, Festival Chongyang telah dijadikan sebagai Pesta Warga Emas di China dengan tujuan membina suasana yang menghormati, menjaga dan membantu warga emas di kalangan masyarakat. Kerajaan China memberikan perhatian terhadap perlindungan warisan budaya bukan benda, dan mengesahkan tradisi China ini disenaraikan dalam senarai warisan budaya bukan benda peringkat negara kumpulan pertama pada bulan Mei 2006.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin