Dinasti Shang (1600 SM - 1100 SM)

   

Dinasti Shang merupakan dinasti yang pertama dicatat dalam dokumen sejarah di China.

Dinasti Shang yang bersejarah 600 tahun itu dimulakan kira-kira pada abad ke-16 sebelum Masihi, ibu kotanya selalu dipindahkan dan akhirnya ditetapkan di kawasan sekitar Anyang, provinsi Henan pada masa ini. Pengkajian arkeologi menunjukkan bahawa tamadun China telah berkembang pada awal Dinasti Shang dan telah munculnya tulisan kulit kura-kura dan kebudayaan perunggu pada zaman itu.

Tulisan kulit kura-kura itu ditemui oleh penghuni kampung Xiaotun di kawasan barat laut Anyang, provinsi Henan pada awal abad ke-20. Kampung itu dipastikan sebagai Runtuhan Yin yang merupakan ibu kota Dinasti Shang pada zaman dahulu.

Penemuan Runtuhan Yin itu bererti penting dalam usaha arkeologi di China pada abad ke-20. Banyak barang-barang artifak yang berharga ditemui di Runtuhan Yin, antaranya kulit kura-kura dan tulang binatang yang bertulis, barang-barang perunggu dan lain-lain.

Selain itu, teknik peleburan perunggu telah berkembang maju pada Dinasti Shang. Antara barang-barang perunggu yang ditemui di Runtuhan Yi itu termasuk sebuah tungku yang beratnya 875 kilogram, merupakan karya unggul dalam peleburan perunggu di China.

Berdasarkan kajian arkeologi, konsep negara dan sistem swasta telah wujud pada Dinasti Shang. 

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin