Dinasti Qin (221 SM - 206 SM), Dinasti Feudal Pertama di China

   

Pada tahun 221 sebelum Masihi, Dinasti Qin yang merupakan dinasti feudal yang pertama telah ditubuhkan di China dan masyarakat bersistem hamba selama lebih 2000 tahun telah berakhir di negara ini.

Pada Zaman Negeri-negeri Berperang (475 SM - 221 SM), antara tujuh buah negeri yang paling kuat ialah negeri Qin, Qi, Chu, Wei, Yan, Han dan Zhao. Dan negeri Qin yang mengadakan pembaharuan ketenteraan dan pertanian dengan lebih awal merupakan negeri paling kuat antara 7 negeri tersebut.

Pada tahun 247 sebelum Masihi, Ying Zheng yang berumur 13 tahun bertakhta dan menjadi raja negeri Qin. Ying Zheng mulai menguruskan pentadbiran negara ketika berumur 22 tahun, dan dia berazam untuk menyatukan pelbagai negeri di China.

Pada tahun 230 sebelum Masihi hingga tahun 221 sebelum Masihi, Ying Zheng berjaya menyatukan negara dengan mengambil masa yang tidak sampai 10 tahun. Keadaan terpisah-pisah di China telah berakhir selepas berdirinya Dinasti Qin. Dan Ying Zheng juga dianggap sebagai maharaja pertama dalam sejarah China.

Penyatuan negara yang dicapai oleh raja Ying Zheng itu bererti penting dalam sejarah China.

Yang pertama, kerajaan Qin membahagikan negara menjadi 36 provinsi. Semua pegawai kerajaan pusat dan tempatan dilantik oleh maharaja.

Yang kedua, kerajaan Qin telah menstandardkan tulisan. Tulisan berlainan yang dipakai di negeri masing-masing sebelum itu telah menjadi halangan komunikasi bagi penduduk pelbagai negeri. Selepas raja Ying Zheng menyatukan negara, kerajaan Qin giat menstandardkan tulisan di kalangan rakyat dan menetapkan Xiaozhuan sebagai tulisan rasmi kebangsaan.

Selain itu, kerajaan Qin juga menstandardkan sistem ukuran, antaranya ukuran pajang, ukuran muatan, ukuran berat dan lain-lain. Ini telah menyumbang besar kepada perkembangan ekonomi negara, dan memperkuat kedudukan kerajaan pusat.

Demi menjalankan kawalan fikiran terhadap orang ramai, Raja Ying Zheng menyuruh membakar buku sejarah tentang pelbagai negeri yang lain dan membunuh orang yang menyimpan buku-buku tersebut. Demi mencegah serangan dan gangguan daripada kaum minoriti di utara China, Raja Ying Zheng menyuruh memperbaiki dan menyambungkan tembok pertahanan di negeri-negeri masing-masing sebelum itu dan dijadikan Tembok Besar China yang terkenal pada masa ini. Selain itu, raja Ying Zheng juga memperuntukkan banyak wang untuk membina makamnya di Gunung Li.

Raja Ying Zheng berjaya menyatukan negara China dan menubuhkan sebuah negara feudal yang berbilang kaum. Ini telah membuka lembaran yang baharu dalam sejarah China.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin