Tiga Negeri (220 - 280), Dinasti Jin (265 - 420) dan Dinasti Selatan Utara (386 - 589)

   

Pemerintahan Han Timur semakin merosot pada akhir abad ke-2. Selepas itu, keadaan pemisahan telah muncul di China pada jangka yang panjang. Pada permulaannya, terdadap China dipisahkan menjadi tiga negeri, iaitu negeri Wei, negeri Shu dan negeri Wu.

Selepas itu, ketiga-tige negeri itu disatukan menjadi Dinasti Jin Barat yang sejarahnya bermula dari tahun 265 hingga tahun 316. Selepas Dinasti Jin Barat berakhir, China mulai berada semula dalam keadaan terpisah-pisah, dan pelbagai kerajaan ditubuhkan di bahagian utara China.

Serentak itu, Dinasti Jin Timur ditubuhkan oleh raja keluarga dari Jin Barat di bahagian selatan China.

Ekonomi berkembang pesat di bahagian selatan China pada Dinasti Selatan Utara kerana ramai penduduk dari bahagian tengah China berpindah ke selatan untuk mengelakkan diri daripada peperangan. Kawasan di sekitar Yangzhou merupakan kawasan ekonominya sangat maju pada zaman itu.

Selain itu, terdapat juga kejayan yang besar dicapai pada Dinasti Selatan dan Utara dalam bidang pemikiran dan kebudayaan.

Pertukaran antara China dengan Jepun, Korea, negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Barat pun dijalankan dengan lancar pada zaman tersebut.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin