Lima Dinasti (907 - 960) dan Sepuluh Negeri (902 - 979)

   

Lima Dinasti dan Sepuluh Negeri merujuk kepada Lima Dinasti (tahun 907 hingga 960) dan Sepuluh Negeri (tahun 902 hingga 979) mengikut buku Sejarah Lima Dinasti Baru. Tempoh ini merupakan masa setelah Dinasti Tang berakhir dan sebelum penubuhan Dinasti Song. “Wu Dai” (Lima Dinasti) merujuk kepada lima pemerintahan, iaitu Hou Liang, Hou Tang, Hou Jin, Hou Han dan Hou Zhou yang muncul secara bergilir-gilir selepas zaman Dinasti Tang pada tahun 907 di kawasan tengah tanah besar China. Pada tahun 960, Zhao Kuangyin melakukan rampasan kuasa ketenteraan untuk mengakhiri zaman Dinasti Hou Zhou dan membuka tirai zaman Dinasti Bei Song. Ini sekali gus menandakan tamatnya zaman Lima Dinasti. Pada penghujung zaman Dinasti Tang, zaman Lima Dinasti dan awal zaman Dinasti Song, lebih 10 kuasa pemerintahan pernah wujud di kawasan tengah China sehingga diberi gelaran Sepuluh Negara oleh buku “Sejarah Lima Dinasti Baru” dan ahli sejarah pada zaman seterusnya.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin