Dinasti Song (960 - 1279)

   

Pada tahun 960 masihi, Zhao Kuangyin telah melancarkan pemberontakan untuk menyatukan negeri-negeri di China yang ditadbir secara berasingan pada Zaman Wudai dan menubuhkan Dinasti Song. Dinasti Song bersejarah lebih 319 tahun dan pemerintahannya berakhir pada tahun 1279. Terdapat dua pemerintahan pada zaman Dinasti Song, iaitu Song Utara dan Song Selatan.

Sezaman dengan Dinasti Song ialah, Dinasti Liao(947-1125) ditubuhkan oleh kaum Qidan di bahagian utara China, dan negeri Xia Barat(1038-1227) didirikan di barat laut China. Pada tahun 1115, negeri Jin(1115-1234) ditubuhkan oleh kaum Nuzhen. Dinasti Song Utara berakhir selepas tentera Jin menyerang dan menawan ibu kotanya di Kaifeng pada tahun 1127. Pemimpin Dinasti Song, Zhao Gou naik takhta di Nanjing dan menubuhkan Dinasti Song Selatan.

Kompas, teknik percetakan dan bahan letupan merupakan tiga penumuan penting pada zaman Dinasti Song, antaranya teknik percetakan yang diperkenalkan oleh Bi Sheng didapati 400 tahun lebih awal daripada di Eropah. "Buku Dinasti Tang Baru" yang ditulis oleh Ou Yangxiu sangat penting dalam pengkajian sejarah Dinasti Tang. Selain itu, banyak syair terkenal terdapat pada zaman itu, Yan Shu, Liu Yong, Zhou Bangyan, Li Qingzhao, Xin Qiji dan lain-lain telah menggubah banyak syair unggul pada zaman itu. "Pemandangan pada Pesta Cheng Beng" yang dilukis oleh Zhang Zeduan itu merupakan salah satu lukisan terunggul di China. 

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin