Dinasti Ming (1368- 1644)

   

Pada tahun 1368, Zhu Yuanzhang menaiki takhta di Nanjing dan menubuhkan dinasti Ming. Semasa berkuasa selama 31 tahun, Zhu Yuanzhang giat meningkatkan kuasa pentadbirannya yang bersifat feudal, membunuh menteri-menteri yang berjasa dan menindas rakyat yang menentangnya. Selepas Zhu Yuanzhang mangkat, cucunya menaiki takhta, tetapi bagida akhirnya diguliingkan oleh bapa saudaranya, Zhu Li. ibu kota Dinasti Ming telah dipindahkan ke Beijing pada tahun 1421 selepas Zhu Li menaiki takhta.

Walaupun kerajaan Ming menumpukan perhatian meningkatkan sistem pentadbiran kerajaan pusat, namun pentadbiran negara dikuasai oleh penasihat raja kerana ramai raja pada Dinasti Ming amat muda dan tidak berpengalaman dalam pentadbiran negara. Kerajaan Ming semakin merosot dibawa penguasaan penasihat raja. Pada pertengahan zaman Dinasti Ming, pemberontakan petani sering berlaku dan ditindas oleh kerajaan.

Zhang Juzheng, ahli politik yang terkenal pada Dinasti Ming. Beliau melaksanakan pembaharuan untuk meredakan konflik antara pelbagai lapisan masyarakat. Beliau menjalankan kawalan terhadap pegawai pelbagai peringkat dan menggalakkan usaha pertanian, mengurangkan cukai terhadap petani untuk meringankan beban mereka.

Industri tenunan, pengeluaran porsolen dan perkapalan telah berkembang maju pada zaman Dinasti Ming. Usaha pertukaran dengan luar juga mencapai perkembangan yang pesat pada zaman dinasti tersebut. Laksamana Cheng Ho telah 7 kali melakukan pelayaran ke 30 negara dan kawasan di Asia dan Afrika. Selepas pertengahan zaman Dinasti Ming, China mengalami pencerobohan dari pelbagai negara, antaranya Jepun, Sepanyol, Portugis, Belanda dan lain-lain.

Ekonomi China telah berkembang maju pada zaman Dinasti Ming dan muncul kegiatan kapitalisme pada masa itu. Pada awal zaman Dinasti Ming, Zhu Yuanzhang menggalakkan petani meneroka tanah tandus dan memperkenalkan pelbagai jenis tanaman dari luar negara, antaranya tembakau, jagung, kacang tanah dan lain-lain. Industri pengeluar porsolen dan tenunan juga berkembang maju pada zaman Dinasti Ming..

Di samping itu juga terdapat banyak karya novel yang unggul dihasilkan pada masa itu, antaranya "Pinggir Air", "Kisah Tiga Negeri" dan lain-lain. Selain itu, karya ilmu geografi "penjelajahan Xuxiake", karya ilmu perubatan "Bencaogangmu " yang dihasilkan oleh Li Shizhen serta "Buku Usaha Pertanian" yang ditulis oleh Xu Guangqi merupakan karya klasik China.

Pada akhir zaman Dinasti Ming, konflik masyarakat semakin menjadi serius kerana rakyat jelata kekurangan tanah dan dibebani cukai yang banyak. Sejumlah pegawai berharap meredakan konflik masyarakat dengan mengurangkan kuasa penasihat raja.

Pada tahun 1627, kawasan Shaanxi China mengalami bencana alam yang serius, dan rakyat di sana tidak boleh menahan lagi kesabaran serta pelbagai jenis cukai yang dikenakan. Mereka menubuhkan tentera pemberontak dan berjaya menyerbu masuk ke dalam kota Beijing pada tahun 1644. Akhirnya, raja Chongzhen Dinasti Ming menggantung diri. 

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin