Xi Jinping

   

Xi Jinping


Xi Jinping, lelaki, etnik Han, dilahirkan pada Jun 1953 dan berasal dari Fuping, Provinsi Shaanxi. Beliau mula bekerja pada Januari 1969 dan menganggotai Parti Komunis China (PKC) pada Januari 1974. Beliau tamat pengajian (sambil kerja) teori Marxisme dan pendidikan ideologi dan politik di Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Tsinghua. Beliau mempunyai ijazah Doktor Undang-undang (LLD).

Beliau sekarang menyandang jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC, Presiden Republik Rakyat China, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China.

1969-1975 Belia yang berpendidikan di Pasukan Liangjiahe, Komun Wen'anyi, Kaunti Yanchuan, Provinsi Shaanxi, dan menyandang jawatan sebagai Setiausaha Cawangannya PKC

1975-1979 Mengikuti pengajian sintesis organik asas di Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Tsinghua  

1979-1982 Urus setia di Jabatan Am Dewan Negara, urus setia di Jabatan Am Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC (berkhidmat sepenuh masa)

1982-1983 Naib Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Zhengding Provinsi Hebei PKC

1983-1985 Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Zhengding Provinsi Hebei PKC, komisar politik pertama dan setiausaha pertama Parti, Bahagian Pertahanan Kaunti Zhengding Provinsi Hebei

1985-1988 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Bandar Xiamen Provinsi Fujian PKC, Naib Datuk Bandar Xiamen

1988-1990 Setiausaha Jawatankuasa Daerah Ningde Provinsi Fujian PKC, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Ningde PKC

1990-1993 Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou Provinsi Fujian PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou PKC

1993-1995 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou PKC

1995-1996 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou PKC

1996-1999 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Komisar Politik Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

1999-2000 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Pemangku Gabenor Provinsi Fujian, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Fujian, Komisar Politik Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

2000-2002 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Gabenor Provinsi Fujian, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Fujian, Komisar Politik Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

(1998-2002 Melanjutkan pengajian sambil kerja teori Marxisme dan pendidikan ideologi dan politik di Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Tsinghua, dan mendapat ijazah Doktor Undang-undang.)

2002-2002 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Zhejiang PKC, Pemangku Gabenor Provinsi Zhejiang, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Zhejiang

2002-2003 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Zhejiang PKC, Pemangku Gabenor Provinsi Zhejiang, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Kawasan Ketenteraan Zhejiang PKC, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Zhejiang

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin