Wang Huning

   

Wang Huning


Wang Huning, lelaki, etnik Han, dilahirkan pada Oktober 1955 dan berasal dari Laizhou, provinsi Shandong. Beliau mula bekerja pada Februari 1977 dan menganggotai Parti Komunis China (PKC) pada April 1984. Beliau tamat pengajian sarjana dalam bidang politik antarabangsa dan mendapat ijazah sarjana undang-undang daripada Bahagian Politik Antarabangsa Universiti Fudan. Beliau mendapat gelaran profesor.

Beliau sekarang menyandang jawatan Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Jabatan Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Pejabat Kumpulan Pimpinan Kerja Mempergiat Pembaharuan Secara Menyeluruh Jawatankuasa Pusat PKC.

1972-1977 Mengikuti kursus latihan bahasa asing di Sekolah Kader Universiti Perguruan Shanghai

1977-1978 Berkhidmat di Biro Penerbitan Bandar Shanghai

1978-1981 Melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang politik antarabangsa di Bahagian Politik Antarabangsa Universiti Fudan

1981-1989 Bertugas sebagai pensyarah, profesor madya, dan profesor di Bahagian Politik Antarabangsa Universiti Fudan

1989-1994 Dekan Bahagian Politik Antarabangsa Universiti Fudan

1994-1995 Dekan Sekolah Undang-undang Universiti Fudan

1995-1998 Ketua Bahagian Politik, Jabatan Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat PKC

1998-2002 Naib Pengarah Jabatan Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat PKC

2002-2007 Pengarah Jabatan Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat PKC

2007-2012 Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Jabatan Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat PKC 

2012-2014 Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Jabatan Penyelidikan Dasar Jawatankuasa Pusat PKC

2014-2017 Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Pengarah Jabatan Penyelidikan Dasar, Pengarah Pejabat Kumpulan Pimpinan Kerja Mempergiat Pembaharuan Secara Menyeluruh Jawatankuasa Pusat PKC

2017- Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik, Setiausaha Sekretariat, Pengarah Jabatan Penyelidikan Dasar, Pengarah Pejabat Kumpulan Pimpinan Kerja Mempergiat Pembaharuan Secara Menyeluruh, Jawatankuasa Pusat PKC

Anggota Jawatankuasa Pusat ke-16, ke-17, ke-18 dan ke-19 PKC, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat ke-17 PKC, Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC, Anggota Biro Politik dan Jawatankuasa Tetapnya serta Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin