Parti-Parti Bukan Parti Komunis

   

Di China selain Parti Komunis China, masih terdapat 8 parti bukan parti komunis. Mereka itu ialah: Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China, Liga Demokratik China, Persatuan Pembangunan Negara Demokratik China, Persatuan Galakan Demokrasi China, Parti Demokratik Petani dan Buruh China, Parti Zhi Gong China, Persatuan Jiu San China dan Liga Pemerintahan Sendiri Demokratik Taiwan China. Parti tersebut kebanyakannya ditubuhkan dan dikembangkan beransur-ansur dalam tempoh perang perlawanan terhadap penceroboh Jepun dan perang saudara China. Kelapan-lapan parti tersebut mendukung pimpinan parti Komunis China dalam politiknya. Ini merupakan pilihan sejarah yang diambil oleh mereka dalam kerjasama berjangka panjang dan proses perjuangan bersama-sama dengan Parti Komunis China. Kelapan parti tersebut menikmati kebebasan politik , bebas pertubuhan dan kedudukan sama rata di sisi undang-undang berdasarkan perlembagaan China. Panduan asas kerjasama Parti Komunis China dengan 8 parti tersebut ialah " Hidup Bersama, Saling Mengawasi, Berikhlas dan Senasib Sepenanggungan".

8 parti tersebut bukanlah parti pembangkang, melainkan parti yang berkecumpung dalam urusan besar negara. Setakat ini, dalam jawatankuasa tetap kongres, jawatankuasa majlis permesyuaratan politik dan badan kerajaan pelbagai peringkat China serta dalam bahagian ekonomi, kebudayaan, pendidikan, sains dan teknologi pun terdapat ahli dari parti-parti tersebut yang menyandang jawatan kepemimpinan, misalnya pengerusi jawatankuasa pusat kelapan-lapan parti sekarang masing-masing menjawat jawatan naib pengerusi jawatankuasa tetap kongres rakyat kebangsaan atau naib pengerusi jawatankuasa kebangsaan majlis permesyuaratan politik rakyat. Sementara itu, jumlah ahli dari kelapan-lapan parti itu juga telah mencapai pertambahan, pertubuhan tempatan dan pertubuhan basis dari 8 parti tersebut juga telah ditubuhkan di pelbagai provinsi, wilayah autonomi, bandar dibawah pentadbiran kerajaan pusat dan bandar sederhana dan besar China.

Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China

Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari tahun 1948. Ia merupakan parti yang ditaja oleh golongan demokratik Parti Kuomintang China dan tokoh demokrasi patriotik lainnya, parti itu dengan ciri bersekutuan politik dan berusaha membangun sosialimse yang bercirikan China dan usaha penyatuan semula tanah air. Parti itu mempunyai hampir 65 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Revolusioner Kuomintang China sekarang ialah He Luli.

Liga Demokratik China

Liga Demokratik China ditubuhkan pada Mac tahun 1941, pada masa itu disebut " Liga Demokratik dan Parpaduan China", disusun semula pada tahun 1944 dan ditukar nama menjadi " Liga Demokratik China. Ia merupakan persekutuan politik pekerja sosialis dan patriot menyokong sosialisme yang diutamakan oleh kaum intelektual yang bekerja dalam kebudayaan dan pendidikan, dan parti yang berkhidmat kepada sosialisme. Liga itu kini mempunyai 156 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Liga Demokratik China sekarang ialah Ding shisun.

Persatuan Permbangunan Negara Demokratik China

Persatuan Pembangunan Negara Demokratik China ditubuhkan pada Disember tahun 1945. Ahli pokoknya ialah usahawan perindustrian dan perdagangan nasional yang patriotik dan kaum intelektual yang berhubungan dengan mereka. Kini persatuan itu mempunyai 85 ribu ahli. Pengerusi Jawatankuasa Pusat Persatuan itu ialah Cheng Siwei.

Persatuan Galakan Demokrasi China

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin