Dewan Negara dengan Kementerian dan Suruhanjayanya

   

Dewan Negara China iaitu kerajaan rakyat pusat, ia merupakan badan pentadbiran negara tertinggi. Ia melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Kongres Rakyat Kebangsaan China dan jawatankuasa tetap, dan keputusan yang diluluskannya dan bertanggungjawab dan membuat laporan kerja kepada Kongres Rakyat Kebangsaan China dan jawatankuasa tetapnya. Dewan negara berhak dalam lingkungan tugasnya menetapkan tindakan pentadbiran, mengambil peraturan pentadbiran, mengemukakan keputusan dan perintah. Dewan negara tediri daripada perdana menteri, naib-naib perdana menteri, menteri, ketua audit dan setiausaha agungnya.

Pada masa ini, Dewan Negara China terdiri daripada 25 badan iaitu Kementenrian Hal-Ehwal Luar, Kementerian Pertahanan, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Industri dan Teknologi Informasi, Suruhanjaya Hal-Ehwal Etnik Negara, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Keselamatan Negara, Kementerian Penyeliaan, Kementerian Hal-Ehwal Awam, Kementerian Kehakiman, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial, Kementerian Tanah dan Sumber, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa, Kementerian Pengangkuatan, Kementerian Sumber Air, Kementerian Pertanian, Kementerian Perdagangan, Kementerian Kebudayaan, Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara, Bank Rakyat China dan Pentadbiran Audit.


Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China merupakan badan pimpinan ketenteraan tertinggi yang diketuai oleh Parti Komunis China dan sebutan ringkasnya ialah suruhanjaya ketenteraan pusat, dan ia terdiri daripada pengerusi, naib-naib pengerusi dan anggota-anggotanya. Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dengan sistem ditangungjawabkan oleh pengerusi. Tugas utamanya ialah memimpin secara langsung angkatan bersenjata seluruh negara. 

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin