Perlembagaan

   

Republik Rakyat China ialah negara sosialisma yang dipimpin oleh buruh dan berdasarkan buruh dan petani, rakyat mentadbirkan negara. Sistem sosialisma merupakan sistem asas Republik Rakyat China.

Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang asas negara. Ia biasanya mengaturkan prinsip asas sistem masyarakat dan sistem negara, hak asas dan kewajiban warganegara, ada juga telah mengaturkan pendera kebangsaan, lagu kebangsaan, lambang negara dan ibu negara serta sistem yang lain yang dianggap amat penting oleh kalangan pemerintahan, isi kandungannya melibatkan pelbagai bidang kehidupan negara. Perlembagaan mempunyai fungsi undang-undang yang paling tinggi, merupakan dasar penggubalan undang-undang yang lain, undang-undang dan peraturan yang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan.

Program Bersama Sidang Permesyuaratan Politik Rakyat China yang diumumkan sempena Republik Rakyat China ditubuhkan, ia bukan sahaja merupakan program garisan penyatuan demokratik rakyat China tetapi juga memainkan peranan perlembagaan sementara. Program Bersama itu diluluskan dala sidang pleno pertama Sidang Permesyuaratan Politik Rakyat China, dan diumumkan pada 29 September tahun 1949. Sebelum Perlembagaan Republik Rakyat China diumumkan pada tahun 1954, Program Bersama itu telah memainkan peranan perlembagaan sementara.

Selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pada 1 Oktober tahun 1949, China telah menggubal dan mengumumkan 4 buah Perlembagaan Republik Rakyat China pada tahun 1954, tahun 1975, tahun 1978 dan tahun 1982.

Perlembagaan China ke-4 yang juga perlembagaan yang sedang dilaksanakan adalah diluluskan dalam sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-5 serta diumumkan pada 4 Febuari tahun 1982. Perlembagaan itu telah mewarisi dan mengembangkan prinsip asas perlembagaan pada tahun 1954, menyimbulkan pengalaman perkembangan sosialisma China serta telah menerima pengalaman antarabangsa. Ia merupakan undang-undang asas yang bercirikan China dan memenuhi keperluan pembangunan kemodenan sosialisma China. Perlembagaan itu telah mengaturkan sistem politik, sistem ekonomi, hak dan kewajiban warganegara, pengaturan badan kerajaan dan lingkungan fungsi, tugas asas negara pada masa depan dan lain-lain. Ciri-ciri asasnya adalah mengaturkan sistem asas dan tugas asas, menetapkan 4 buah prinsip asas dan kaedah pembaharuan dan buka pintu kepada luar. Ia mengaturkan rakyat pelbagai etnik dan semua pertubuhan China mesti bertindak berasas perlembagaan, sebarang pertubuhan dan orang peribadi tidak boleh menjalankan hak yang atas perlembagaan dan undang-undang.

Perlembagaan itu dibahagikan kepada pendahuluan, program asas, hak dan kewajiban warganegara, badan kerajaan, pendera kebangsaan, lambang kebangsaan dan ibu negara, jumlah 4 peraturan dan 138 fasal. Sejak perlembagaan itu diumumkan, China telah meminda 4 kali terhadap perlembagaan itu untuk menyempurnakannya. 

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin