Sistem Kongres Rakyat

   

Sistem Kongres Rakyat merupakan sistem politik asas China, adalah cara pertubuhan kekuatan yang rakyat China menyertai pentadbiran dengan demokratik. Berbeza dengan perlimen di negara barat, Kongres Rakyat Kebangsaan China ditetapkan oleh Perlembagaan China sebagai badan yang mempunyai hak paling besar. Warganegara China yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai hak melantik dan dilantik sebagai wakil rakyat. Di China, antara kongres rakyat pelbagai peringkat, wakil rakyat kampung dan pekan dilantik secara langsung, yang peringkat atasnya dilantik tidak langsung. Kongres Rakyat Kebangsaan China terdiri daripada wakil yang dilantik oleh pelbagai provinsi, wilayah autonomik, kota dipimpin langsung kerajaan pusat dan tentera. Tempoh perkhidmatan kongres rakyat pelbagai peringkat adalah 5 tahun, setiap tahun mengadakan sidang pleno sekali.

Dalam sidang tahunan kongres rakyat yang diadakan setiap tahun, wakil rakyat akan mendengar laporan kerja kerajaan dan laporan penting yang lain. Wakil rakyat membahas laporan tersebut serta membuat ketetapan. Dalam tempoh tidak bersidang, jawatankuasa tetap kongres rakyat akan melaksanakan kuasa yang diberi oleh kongres rakyat. Misalnya kuasa Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan termasuk menjelaskan perlembagaan, mengawasi pelaksanaan perlembagaan, menggubal dan meminda undang-undang selain daripada undang-undang yang digubal oleh semua kongres rakyat, bertanggangjawab dan memaklumka kerja kepada Kongres Rakyat Kebangsaan dan lain-lain.


Kuasa Kongres Rakyat Kebangsaan China termasuk hak penggubalan undang-undang, hak pengawasan, hak membuat keputusan tentang perkara penting serta hak melantik dan memecat pegawai. Di China, menggubal rancangan pembangunan ekonomi kebangsaan dan sokial setempoh telah menjadi keputusan penting kerajaan China untuk memangkin pembangunan sosial China, akan tetapi rancangan tersebut cuma diluluskan oleh Kongres Rakyat Kebangsaan China barulah dapat berkuatkuasa. Undang-undang China mengaturkan, pemimpin utama China misalnya Presiden, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan akan dilantik oleh Kongres Rakyat Kebangsaan. Perdana Menteri dan pelbagai menteri juga akan dilantik oleh Kongres Rakyat Kebangsaan. Kongres Rakyat Kebangsaan boleh mengeluarkan cadangan perpecahan jawatan pemimpin negara termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Presiden dan Perdana Menteri. 

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin