Sistem Kerjasama Pelbagai Parti dan Permesyuaratan Politik

   

Sistem kerjasama pelbagai parti dan permesyuaratan politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China merupakan satu sistem politik asas di China.


Di China, terdapat beberapa parti, selain daripada Parti Komunis China, parti pemerintah, juga ada 8 buah pari bukan komunis. Parti tersebut wujud sebelum Republik Rakyat China didirikan, mereka menyokong pimpinan Parti Komunis China kerana mereka pernah bekerjasama dan berjuang bersama-sama dengan Parti Komunis China pada jangka panjang. Parti Komunis China dan pelbagai parti bukan komunis mesti menjalankan aktiviti berdasarkan perlembagaan. Perlbagai parti bukan komunis menikmati kebebasan politik, kemerdekaan dan sama rata di sisi undang-undang dalam lingkungan yang diaturkan oleh perlembagaan.


Kaedah kerjasama Parti Komunis China dengan pelbagai parti bukan komunis adalah "wujud bersama dalam jangka panjang, saling mengawasi, memperlakukan satu sama lain secara berterus-terang dan senasib sepenangungan".


Pelbagai parti bukan komunis China bukan parti pembangkang, tetapi parti menyertai pentadbiran. Mereka akan menyertai permesyuaratan dasar negara dan calon pemimpin negara, menyertai pengurusan urusan negara, menyertai pelaksanaan kaedah, dasar, undang-undang dan peraturan negara.


Ketika negara akan mengambil tindakan yang penting atau membantu keputusan melibatkan ekonomi negara dan kehidupan rakyat, Parti Komunis China terlebih dahulu bermesyuara dengan parti bukan komunis dan tokoh bukan ahli parti, mencapai pandangan yang sama, kemudian membuat keputusan terakhir; sesetengah tokoh-tokoh parti bukan komunis dan bukan ahli parti telah bekerja dalam Kongres Rakyat Kebangsaan dan Jawatankuasa Tetap, jawatankuasa khas dan kongres rakyat tempatan, supaya menyertai perbincangan dan pentadbiran hak ehwal negara dengan lebih baik dan memainkan peranan pengawasan; memainkan peranan dengan sepenuhnya tokoh-tokoh parti bukan komunis dan bukan ahli dalam Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat; mencalonkan tokoh-tokoh parti bukan komunis dan bukan ahli parti menyandang jawatan kerajaan pelbagai peringkat dan badan kehakiman.


Cara kerjasama pelbagai parti dan permesyuaratan politik termasuk: pertama, sidang Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat. Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat merupakan tempat utama bagi pelbagai parti, pelbagai kumpulan rakyat dan wakil pelbagai kalangan untuk menyertai pentadbiran. Kedua, temu bual parti bukan komunis dan ahli buka parti yang diadakan oleh Jawatankuasa Pusat dan tempatan Parti Komunis China, memaklumkan berita penting, bermesyuarat dan mendengar pendapat dan cadangan pelbagai parti bukan komunis tentang dasar dan masalah penting negara, senarai nama calon pemimpin negara dan kerajaan tempatan, senarai nama calon wakil Kongres Rakyat dan ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat. Ketiga, wakil rakyat daripada parti bukan komunis menyertai pentadbiran dan memainkan peranan pengawasan dengan identity wakil rakyat. Keempat, memilih wakil rakyat daripada parti bukan komunis menyandang jawatan pemimpin Dewan Negara, pelbagai kementerian dan kerajaan tempatan atas peringkat kaunti serta badan berkenaan. Kelima, mencalonkan anggota parti bukan komunis yang memenuhi syarat menyandang jawatan pemimpin badan peguam dan badan perundangan.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin