Penduduk, Etnik dan Agama

   

China merupakan negara yang penduduknya paling banyak di dunia. Menurut Biro Statistik Negara, jumlah penduduk di China mencatat 1,370,536,875 orang pada tahun 2011.

Etnik

China terdiri daripada 56 etnik yang berjumlah 1.3 bilion orang pada masa ini.

Etnik-Etnik China meliputi: Achang, Bai, Bonan, Blang, Bouyei, Korea, Daur, Dai, De`ang, Dongxiang, Dong, Derung, Russian, Oroqen, Ewenk, Gaoshan, Gelao, Hani, Kazak, Han, Hezhen, Hui, Jino, Gin, Jingpo, Kirgiz, Lahu, Li, Lisu, Lhoba, Manchu, Maonan, Monba, Mongol, Miao, Mulam, Naxi, Nu, Primi, Qiang, Salar, She, Sui, Tajik, Tatar, Tu, Tujia, Va, Uygur, Uzbek, Xibe, Yi, Yao, Yugur, Tibet dan Zhuang. Selain itu, terdapat juga sejumlah kecil etnik minoriti yang tidak dikenalpastikan pada masa ini.

Penduduk etnik Han di China menempati kira-kira 92% berbanding jumlah keseluruhan penduduk di China, penduduk etnik minoriti berjumlah lebih 8% kerana penduduk etnik minoriti yang berjumlah kecil berbanding penduduk etnik Han, oleh itu, mereka dinamakan sebagai etnik minoriti. Penduduk etnik minoriti tersebar di kawasan bahagian barat-laut, barat daya dan timur laut di China.

Dalam tempoh perkembangan sejarah dalam jangka masa yang panjang, penduduk etnik-etnik China telah dibentuk dengan mengutamakan penduduk etnik Han yang berjumlah banyak. Selain etnik Hui dan Manchu bertutur bahasa Mandarin, 53 etnik minoriti lain menggunakan bahasa etniknya mereka sendiri atau bahasa Mandarin. Penduduk 56 etnik minoriti China bersama-sama menciptakan sejarah dan budaya yang cemerlang China di kawasan seluas 9 juta 600 ribu kilometer persegi dalam jangka masa yang panjang.

Agama

Di China terdapat banyak agama termasuk agam Buddha, agama Tao, agama Islam, agama Katolik dan agama Kristian.

Berdasarkan statistik bahawa terdapat warga beragama seramai lebih 100 juta orang di China, tempat keagamaan berjumlah lebih 85 ribu buah, pekerja keagamaan berjumlah kira-kira 300 ribu orang, pertubuhan agama berjumlah lebih 3 ribu dan institut agama berjumlah 74 buah.

Di China, pertubuhan agama kebangsaan termasuk Persatuan Agama Buddha China, Persatuan Agama Daoism China, Persatuan Agama Islam China, Persatuan Patriotik Agama Katolik China, Persatuan Biskop Agama Katolik, Jawatankuasa Pergerakan Patriotik Agama Kristian China, Persatuan Agama Kristian China dan lain-lain. Pelbagai pertubuhan agama tersebut berdasarkan peraturan masing-masing, memilih pemimpin dan badan pemimpin, menangani urusan agama, membuka institut dan sekolah agama, mencertakkan kitab agama dan bahan bacaan agama, dan memberi sumbangan dalam usaha kebajikan masyarakat. 

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin