Kawasan Pentadbiran Peringkat Provinsi China

   

Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, singkatannya Gui. Ibu kotanya Nanning.

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, singkatannya Ning. Ibu kotanya Yinchuan.

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, singkatannya Xin. Ibu kotanya Urumqi.

Dua wilayah pentadbiran khas ialah:

Hong Kong

Kerajaan China memulihkan kedaulatannya terhadap Hong Kong pada 1 Julai tahun 1997, dan membentuk Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, singkatan nama ialah Gang. Hong Kong terletak di pantai Laut Selatan China, di bahagian timur tebing kuala Sungai Mutiara dan bahagian selatan Sungai Shenzhen bandar Shenzhen Provinsi Guangdong. Hong Kong meliputi Pulau Hong Kong, Kowloon, Wilayah Baru dan pulau di sekitarnya, jumlah keluasan Hong Kong mencatat 1098.51 kilometer persegi. Pada penghujung tahun 2002, penduduk Hong Kong berjumlah 6 juta 815 ribu 800 orang, antaranya penduduk tetap berjumlah 6 juta 625 ribu 300 orang, penduduk bergerak 190 ribu 500 orang.

Makau


Kerajaan China memulihkan kedaulatannya terhadap Makau pada 20 Disember tahun 1999, dan membentuk Wilayah Pentadbiran Khas Makau, singkatan nama ialah Ao. Makau terletak di semenanjung tebing barat kuala Sungai Mutiara, termasuk Pulau Taipa dan Pulau Coloane di sekitarnya. Keluasan Makau kira-kira 25.8 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 442 ribu orang pada penghujung tahun 2002.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin